30 November, 2020

1125. NASI IMPIT RENDANG AYAM BERKACANG









Bahan rendang ayam:
1 sudu besar rata jintan manis
Sedikit jintan putih
Sedikit ketumbar
Sedikit kayu manis
Sekuntum bunga lawang
5,6 tangkai cili kering
Sedikit bawang dan halia
Sebatang serai

4,5 sudu besar Santan pekat
2 sudu besar Kacang tanah mesin
Daun limau purut yg muda di potong kasar
Sedikit ayam dipotong kiub sebesar ibu jari

Bahan nasi impit:
Masak nasi mcm biasa lebihkan air agar mnjadi nasi lembek
Tumbuk2 dan padatkan dlm bekas
Alas benda berat

27 November, 2020

1124. UDANG GORENG OAT N HOON





Bahan:

Tepung goreng ayam
Meehoon dipotong pendek
Daun kari
Oat

Bancuh tepung goreng ayam gaul udang
Angkat celup pada meehoon dan celup pd tepung jagung
Goreng.

16 November, 2020

1123. CHE CHEONG FUN







Salam semua  yg dihormati
Jemu makan nasi.. 
jom kita ber che cheong fun

Bahan utk laksam.kueteow.dadar.:

 230 ml air
70 gram tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
Sedikit garam
 3 sudu besar minyak masak.

Caranya:

Panaskan kukusan dan tutup periuk @loyang spt buat laksam.
Bancuh kesemua bahan diatas sehingga sebati.
Sapu minyak pd tutup periuk atau loyang
Tuang adunan meliputi loyang. 
Kukus sebentar. Buka balik tutup periuk
Masukan dua sudu besar inti udang.
Tutup kembali periuk kukus,sehingga gelembung.
Keluarkan loyang terus gulung .
Kalau tak dpt gulung sbb licin. Tak pee 
Teruskan setakat mampu gulung.
Potong kuih itu didlm pinggan sblm dihidangkan.

Inti lauk ikut citarasa ilahjy:

Ketuk bawang putih tumis sehingga,wangi
Masukan udang hidup yg dicincang dadu
Masukan sayur kobis cincang dan kacang buncis dadu. Tambah garam. Goreng 3/4 masak. Sedia utk digunakan.

Kuahnya:

1sudu besar tepung jagung
Sedikit minyak bijan
Sedikit kicap manis
Sedikit gula
Air secukup utk pekat kuat

Campur kesemua bahan panaskan sehingga pekat. Tambah air jika pekat. Ikut kesesuaian kita suka. 

Hiasan atau sos tambahan:
Kacang tanah utk tabur
Sos cili thai kuih ini tidak pedas kalian boleh tambah cili utk pedaskan nya..

07 November, 2020

1122. TONGKOL GORENG BEREMPAH LIMAU PURUT

PKP 23.. 9 april 2020. ilahjy mereka lagi satu resepi daripada ikan. iaitu ikan tongkol.
Nama pun tak tahu apa nak beri
Ikan tonggkol goreng berempah purut
Boleh kot.
Memang sedap dan enak. Anak pun cakap sedap. Hilsng rasa hanyir tongkol dicover dgn rasa rempah dan limau purut. 
Jom try... 





Ikan tonggkol 3 keping digoreng separuh garing

Bahan tumbuk:
1batang serai
1 sudu besar rempah biji
1/2 sudu besar jintan manis
1/2 inci halia
1 Bawang besar yg saiz,kecil
6,7 helai daun limau purut muda di hiris halus
3 biji cili padi pedas
Sedikit santan pekat

Tumbuk yeee satu persatu. Ikut giliran dlm lesung yg sama. Di akhiri daun limau... tumbuk lumat.
Tumis guna minyak yg sama.
Bila pecah minyak buh air dan santan 
Buh ikan rasa garam. 
X yah buh apa pun asam 
Nnti hilang rasa rempah

06 November, 2020

1121. REBUNG MASAK SERAI

 
Bahan sama spt masak lemak biasa cuma tambahkan serai dlm bahan kisar.