15 July, 2023

1243. NASI AYAM PALING SEDAP ILAHJY


1.Cara sediakan ayam:

Belah 4 ayam

Rebus air bersama
2 btg Serai ketuk
Halia ketuk
Bawang putih ketuk

Bila air mendidih masukan ayam
Rebus sehingga empuk ayam
Masukan garam

2.Bahan rempah sup utk tumis:

Jintan manis
Jintan putih
Pelaga
Kulit kayu manis
Lada hitam

Serbuk sup 

3. Cara sediakan sup:

Panaskan minyak
Tumis kesemua bahan diatas 
Sehingga wangi 
masukan serbuk sup 
ikut kita suka berapa sudu serbuk sup. Lagi byk lagi pekat.

Tambah sedikit air rebusan ayam tadi
Kacau sehingga rempah masak
Tuangkan kesemua rempah tadi ke dalam periuk rebusan ayam tadi
Rebus lah lagi sehingga ayam betul2 masak

4. Angkat ayam ke dalam bekas lain.
Kuah rebusan tadi ditapis buang semua bahan yg ada didalam sup tadi
Tabur daun sup daun bawang sedia utk di makan.

5. Ayam diperap dengan :
Kicap pedas 
Kicap manis
Sos tiram
Sos perisa maggi

Panaskan minyak goreng sekejap je ayam dlm 2,3minit je. Jgn lama nanti hitam

6. Kicap ayam:
bahan perapan ayam ditambah juga sup ayam tadi dimasak sehingga mendidih

7. Bahan utk nasi ayam:

Beras basmathi di basuh bersih. Toskan

Bawang putih 
Halia yang banyak
Dimesin halus

Tumis dengan butter cup
Bila dah kekuningan masukan beras tadi
Goreng sehingga wangi
Baru masukan sup ayam tadi secukupnya bersama lemak ayam 
Masak nasi sehingga masak. 
Tambah garam jika nasi tawar

8. Cili nasi ayam bahan utk dimesin:

Cili besar
 cili padi
Bawang putih
Tomato kecil
Garam 
Gula
Jus limau kasturi

Masak kesemua bahan yg dimesin halus
Sehingga mendidih

Siap 













 

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini