26 December, 2008

15. KARIPAP PUSING...rekaciptaku....dipaternkan secara susah payah huhuhu

ku buat pada 4 jan 09 minum petang


caranya bermula dari kanan sbelah atas..lawan jam semoga kalian faham.. gulungan pertama agak panjang. gulung kali ke dua pendek sedikit sedia untuk dipotong bulat2


keperluan..inti ... kulit luar sebelah kiri, bahagian dalam sebelah kanan bulatan nya agak kecil sedikit dari bulatan kulit luar..perhatikan. pisau untuk memotong , pencanai, dan papan mamar untuk mencanai




aku rakam kan setiap step ini utk kemudahan kalian


BAHAN2NYA:

BAHAN A: KULIT LUAR

2 CAWAN TEPUNG GANDUM
2 SUDU BESAR MARJERIN DIPANASKAN
AIR AIS SECUKUPNYA UNTUK MENGADUN

1. PANASKAN MARJERIN DAN TUANGKAN KEDALAM TEPUNG GANDUM
2. MASUKKAN AIR AIS SECUKUPNYA, ULIKAN SEHINGGA SEBATI
3. BULATKAN SEBESAR BOLA PING PONG.
4. MASUKAN BAHAN B YG DIBULATKAN KECIL SEDIKIT DARI BAHAN A.
5. BULATKAN KEDUA2 BAHAN TADI, KEMUDIAN CANAIKAN SEHINGGA LEPER
6. GULUNGKAN SEMULA MACAM KUIH DADAR.
7. CANAIKAN SEMULA SEPERTI BENTUK MEMULA TADI.
8. GULUNG BUAT KALI KE2, POTONG DGN PISAU SETEBAL 1" LEBIH KURANG, CANAIKAN NIPIS.
9. MASUKKAN INTI DAN GORENGLAH DLM MINYAK YG SEDERHANA PANAS.

BAHAN B:

2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1/2 CAWAN MARJERIN (SECUKUPNYA UTK MENGADUNKAN TPG)
2 SUDU BESAR AIR AIS

CARANYA:

GAULKAN BAHAN2 DIATAS SEHINGGA MENJADI GUMPALAN.
BULATKAN KECIL SEDIKT DARI BULATAN BAHAN A.


INTINYA:

KENTANG DIDADUKAN
DAGING CINCANG
SERBUK KARI
BAWANG

TUMISKAN BAWANG SEHINGGA WANGI, MASUKAN SERBUK KARI AYAM.
MASUKAN AIR DAN KENTANG DAN DAGING SEHINGGA MASAK.
TOSKAN MINYAKNYA, BARU DIMASUKAN DLM KULIT KARIPAP TADI.

KALAU X FAHAM YM SAYA YER..SUSAH SIKIT KARIPAP NI..SAYA BERKALI2 MENCUBA BARU MENJADI....DGN TABAH HATI....

2 comments:

  1. ini siap dengan promosi pinggan mangkuk Vantage.. heheh

    ReplyDelete
  2. memang selalu main kutu pinggan..tapi tumpang org PERNAMA jer...hihihi dpt juga hadiah..correlle pon saya join...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini