sajian lunch kami pada 3 feb 09
AYAM MASAK KICAP ALA2 CINA
Bahan:
½ ekor ayam dipotong
2 keping asam keping
2 sudu minyak bijan
Kicap biasa secukupnya
3 sudu sos tiram
1 inci halia
10 ulas bawang putih
1 sudu lada hitam
Bahan ini dimesin halus dan digaulkan bersama ayam perap seketika bersama kicap, minyak bijan dan sos tiram
Panaskan minyak dan tumis bawang putih yg diketuk sehingga wangi , kemudian masukan ayam tadi, asam keping dan ditambah sedikit air untuk mengempukan ayam. Masak sehingga pekat.
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini