dodol ini dikacau pada 18 sept 09 malam posa terakhir 09
RESEPI DODOL HAJAH ALIMAH
Bahan
Kuali Besar
Tepung Pulut – 14 bungkus
Tepung Gandum – 5 Cawan (lekas keras)
Gula Pasir - 5 Kilo
Gula Melaka – 2 ½ Kilo
Gula Merah (Tebu) – 2 ½ Kilo
Santan Kelapa - 40 Biji
Air Bersih - 8 ¾ baldi
Cara:
1. Panaskan santan Kelapa yang pekat selama satu jam – dikacau dalam kuali (sampai terbit minyak).
2. Tepung digaul dengan air santan (perahan kedua-cair) dengan sedikit garam - masukan dalam kuali (ditapis) dan dikacau bersama santan selama setengah jam.
3. Gula Merah (Tebu) dimasak bersama Gula Melaka (dalam periuk lain) sehingga cair (sebati). Masukkan gula yang telah dimasak ke dalam kuali (tapis) dan dikacau selama sejam.
4. Masukkan gula Pasir dan kacau selama 2 jam.
5. Dodol dikira masak apabila warna telah berubah coklat pekat dan tidak putus apabila kayu pengacau diangkat dari dalam kuali
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini