12 January, 2009

38. KUIH KOSUI...resepi mak saudara kusss


resepi ini ilahjy amek dari sorang mak saudara di KL ni.dia mmg menjual kuih muih sambil2 ada masa lapang dia bekerja...makan gaji.. dia langsung tak kedekut ilmu wpun dia buat niaga kuih ni dia tetap kasi ilmu ini utk kita kongsi bersama..t.kasih mak ani...aku masak pada 18 april 09 utk bowling amal RESPEKS_GROUP kali ni aku tak guna air kapur sebab penasihat kami alergik kapur...tapi sedap dan menjadi juga......

KUIH KOSUI

Bahan:

3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
3 sudu besar tepung pulut (rasia tambahan dari ku)
2 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
6 cawan air
Sedikit air kapur

Cara:

masakan gula2 bersama air sehingga gula2 hancur. campur kan kesemua bahan dalam air gula tadi kacau sebati. kemudian kacau atas api sehingga naik wap.
kukus sehingga 20 minit sejukan potong sedia utk digaul bersama kelapa parut.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini