06 January, 2009

29. MEE JAWA tapi org alor setar

gambar dimuat turun kan pada 29 april 2011 lamanyerrr..baru masuk...

Mee jawa ilahjy reka cipta sendiri berdasarkan pengalaman makan2 dgn kawan2 semasa di Johor dulu..

Bahan:

Utk kuah

1 paket kecil serbuk kari ayam
Air rebusan daging
Cili kering yg dimesin secukup pedas
½ buku Gula melaka
1 inci kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Kicap pekat
2 sudu besar tepung gandum memekatkan kuahnya
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
4 ketul keledek direbus dan mesin halus
1/2 cawan kacang tanah goreng dimesin halus

Cara:

1. tumiskan cili kering yg dimesin bersama bawang2 tadi dgn k.kmanis dan b.lawang sehingga wangi.
2. masukan serbuk kari bersama sedikit air sehingga pecah minyak.
3. Masukkan air rebusan daging, gula melaka, garam, keledek, kacang dan sedikit kicap utk menghitamkan sedikit kuah.
4, bancuh tepung gandum dgn sedikit air, masukkan kedlm kuah tersebut.masak sehingga mendidih.
5. kalau nak sedap ketuk kan serai 2 batang bersama lengkuas. Masukkan dlm kuah trsbt.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini