18 January, 2009

57. NASI KERABU KEDAH..warisan nenekku




aku masak pada 25 sept 09 posa ke 25

NASI ULAM/KERABU KEDAH…warisan nenekku

Bahan:
A:
3 pot beras jadikan nasi

B:
2. Daun ulam2an yang anda minati
(Daun gajus, putat, mengkudu, kunyit, kaduk,
Selom, kesum, dll) anggaran setiap helaian lebih kurang 3 helai kalu suka lebih lebihkan lah.

Kesemua ulaman di mayang halus-halus mcm bunga rampai dan dicincang lumat.

C:
3 btang serai
3 inci lengkuas
1 sudu besar lada hitam
5 ulas bawang merah

Bahan2 ini di mesin halus

D:
1 keping ikan talang digoreng dan ditumbuk isinya
½ cawan kerisik

Cara:

Gaulkan kesemua bahan ulaman, bahan mesin, kerisik dan ikan kering sampai rata. Ambil nasi yg masih panas2 lagi tadi dan gaulkan bersama2 bahan tadi bersama sedikit garam sehingga nasi dan ulaman bercampur rata.
Makan nasi ulam ini bersama sayur keladi…muahhh sedapnya…org kedah jer suka…org luar aku tak tahu

******************************************

SAYUR KELADI (aku gantikan sayur keladi dgn ikan ...apa2 ikan bole jeer)

Bahan:

1 batang keladi disiang dan dicelur
5 ulas bawang merah
6 tangkai cili kering dibersihkan
2 inci belacan
Udang kering/ikan bilis
3 keping Asam keping

Caranya:

Mesin kesemua bahan2 tadi bersama air yg banyak sehingga hancur,
Masukan ke dalam periuk bersama asam keeping garam dan perasa
Masak sehingga mendidih masukan keladi sehingga mendidih sekali lagi.
Makan bersama nasi ulam.

UPDATE HARI  NI2  OKTOBER  2012 JAM  2..RAKAN  FB  TELAH  MENCUBA DAN  KAK  ROZIE  NOR  AMAT  SUKA  BEGITU JUGA  KELUARGANYA  MAKAN   BEGITU  SAJA  NASI ULAM...TANPA  SAYUR  KELADI KATANYA.. JOM  TGOK  HASIL NYA:.  terima  kasih   kak ...kerana  telah  mencuba  resepi  ilahjy  nie

1 comment:

  1. salam ,

    kecur pulak air liuq nie tenguk menu..sedapkan..teringat nak balik kg lalala nie jugak.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini