http://ilahmasakanku.blogspot.com SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA. SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG. ***ilah1908@gmail.com*** jika ingkar boleh dikenakan tindakan.terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemiliknya.
23 February, 2009
81. NASI TOMATO
NASI TOMATO
Bahan:
3 pot Beras direndam sejam
Bawang merah dimayang
Bawang putih dimayang
Halia dimayang
Bunga lawang
Kayu manis
1 tin kecil tomato puri
1 helai daun pandan
1/2 tin susu cair
Cara:
Tumiskan kesemua bahan2 sehingga wangi, masukan tomato puri
Masukan susu cair dan air secukupnya dan daun pandan
80. BUBUR PULUT HITAM
-->
79. NASI BERIANI GAM SEGERA..hikhik
78. KERANG MASAK LEMAK
MASAK LEMAK KERANG
Bahan:
1 kilo kerang direbus separuh masak dan ambil isinya shj
(kalau nak amek kulitnya sekali, kena cuci bersih)
Santan secukupnya
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit kunyit hidup
Cili padai secukup pedas
2 batang serai di ketuk
1 helai daun kunyit di siat
Cara:
1, blend kesemua bahan bawang2 dan kunyit hidup dan cili padi sehingga hancur
2. panaskan kesemua bahan2 dgn garam daun kunyit dan serai, sehingga mendidih jaga jgn pecah minyak.
20 February, 2009
77. KOLEH KACANG PESTIME AKU MASAK...manis sgt lak..
bahan:
2 cawan tepung kacang hijau
1 cawan gula melaka dan gula pasir (campurkan)
5 cawan santan dari sebiji kelapa
1 sudu teh garam
cara:
1. masak kedua2 gula hingga hancur
2. bancuhkan tepung kacang dgn 5 cawan santan (jumlah ni termasuk jumlah air gula)
3. kacau atas api sampai kental 1jam lebih kurang, api perlahan.
4. tuangkan ke dalam loyang. hiasakan dgn tahi minyak.
5. 1 cawan santan dimasak sehingga kering dan garing.( cara masak tahi myk)
18 February, 2009
76. PACERI NANAS....hari ni genap 2bulan usia blog masakan ku ini
-->
14 February, 2009
75. AYAM MASAK ACAR.... dr email sorg kenalan respeks.. 14hb feb 09
Bahan-bahan;
1 ekor ayam (dipotong kecil)
3 sudu makan cili kering
2 inci halia
Bahan A (dikisar)
5 ulas bawang putih
1/2 santan
5 sudu makan cuka
Sedikit gula (secukup rasa)
Bahan B
Sedikit garam (secukup rasa)
1 batang timun (dibuang empulur dan potong sesuka hati)
2 labu bawang besar (dibelah enam)
Bahan C
2 biji lada merah (dibelah dua)
2 biji lada hijau (dibelah dua)
jagung muda
Sedikit minyak untuk menumis
Cara Membuat;
1.Panaskan minyak
2.Tumiskan bahan A sehingga garing
3.Masukkan pula bahan B dan ayam
4.Apabila mendidih,masukkan bahan C dan angkat untuk dihidangkan
Dari AYU untuk akak....terimaksih ayu....kita kongsi sama2 yer....mudahan dpt berkat
13 February, 2009
74. AYAM GORENG BEREMPAH OLAHANKU
Ayam goreng berempah ciptaanku
Bahan:
6 ketul Ayam dipotong ikut saiz yg kita suka
3 sudu ketumbar biji
1 sudu jintan manis
1 inci halia
5 ulas bawang putih
Cara:
Kesemua bahan2 dimesin kasar dan digaul bersama ayam dan garam serta kunyit serbuk lagi sedap guna kunyit hidup. Perap sebentar kmdian goreng sehingga garing
73. ICE CREAM KU CIPTA SENDIRI MASA FM3 1981
ice cream ku yg ringkas
Bahan:
1 tin susu cair
Perasa vanilla, koko, milo dsbnya yg anda suka
Gula secukup rasa
Cara:
1. masukan susu cair dlm loyang tin. Bekukan dlm petiais ¾ beku
2. keluarkan putar dgn menggunakan pemutar kek, bersama bahan yg lain sehingga gebu.
3. bekukan semula sehingga beku sepenuhnya dan sedia utk dimakan.
Maaf…ice cream ini tidak la sama mcm dipasaran…sekadar lepas laaa utk mkn seisi keluarga lagi menjimatkan dan halal….
10 February, 2009
72. NASI KAROT pernah aku masukan dlm RESEPI BAKAT ATM DAN 12 BRIGED
aku masak pada15 april 2010
Nasi karot
Bahan:
3 pot beras direndam 1jam
1 batang karot
2 biji tomato
1 cawan susu cair
1 labu bawang besar
3 ulas bwng putih
1 inci halia
1 helai daun pandan
2 kuntum bunga lawang
1 inci kayu manis
3 sudu marjerin utk menumis
Caranya:
1. tumiskan bawang2 yg dimayang bersama halia, kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi.
2. karot dan tomato yg dimesin bersama sehingga hancur. Masukkan ke dlm bahan tadi bersama susu cair dan air secukupnya utk memasak nasi.
3. masukan daun pandan dan garam
4, parutkan sedikit karot utk dimasukan ke dlm nasi ketika api dipadamkan. Gaulkan sekata dan biarkan ia akan layu.
04 February, 2009
71. KUIH CARA MANIS
bahan:
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
3helai daun pandan amek air secukupnya
pewarna hijau
caranya:
mesin kan kesemua bahan2 sehingga hancur (kepekatan lebih kurang dadar juga)
panaskan acuan sapu minyak supaya tidak melekat
masukan adunan dan 1/2 sudu teh gula bakar sehingga masak
02 February, 2009
70. NASI DAGANG AIR TANGAN ORG KEDAH
NASI DAGANG
Bahan:
2 pot beras
1 pot beras pulut
Kedua dua direndam 1jam
1 sudu teh halba
3 ulas bawang putih dimayang
5 ulas bawang merah dimayang
2 inci halia dimayang haus
Santan secukupnya
Caranya:
Kukuskan kesemua bahan2 diatas sehingga ¾ masak. Selepas itu masukan pati santan dan separuh lagi bahan2 sampingan itu. Kukus sehingga masak.
69. GULAI IKAN TONGKOL
Gulai nasi dagang..ku olah ikut selera ku..hehehe
Bahan:
1 ekor ikan tongkol potong dan rebus bersama asam keeping dan garam sebentar jer..dlm 10minit baru lah ikan tu tak keras mcm kayu hehehe, kalu dah keras nama nya ikan kayu lah…
20 tangkai cili kering
2 sudu besar ketumbar biji
1 sudu besar jintan manis
2 sudu besar rempah kari ikan
1 inci halia
1 inci kunyit
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Dimesin bersama sehingga halus
Sedikit gula melaka
2 btg Serai diketuk
2 inci Lengkuas diketuk
Santan secukupnya
4 keping asam keping
1 biji timun dipotong
Caranya:
1. tumiskan bahan2 mesin bersama rempah kari sehingga pecah minyak
2. masukan air rebusan ikan tadi bersama timun, asam keeping, serai dan lengkuas. Masak Sehingga timun empuk kemudian masukan ikan bersama garam dan gula melaka.
3. masukan santan masak sampai mendidih.
Jangan marah org kelantan aku dah ubah resepi kau org hehehe ikut selera ku…org kedah