http://ilahmasakanku.blogspot.com SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA. SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG. ***ilah1908@gmail.com*** jika ingkar boleh dikenakan tindakan.terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemiliknya.
15 March, 2009
84. PAIS IKAN HALUS MCM IKAN BILIS SEBESAR IBU JARI
KHAS KU ENTRYKAN UTK BAWANG GORENG DARI SIM KALAU TAK KRN PERMINTAANMU TAK ADA RESEPI NI DAH LUPA DAH...30THN TAK MASAK..MASA SEKOLAH ADALAH MAKAN DATUK YG MASAKAN
bahan:
20 ekor ikan halus yg boleh didapati di pasar,
warnanya keputihan dan jernih. cara siangnya,
picit bahagian sisi ikan,sehingga Terasa Tulang Dah Renggang Dr Isi.
kmdian belah dgn pisau bahagian depan/leher, Berhampiran Kepalanya.
lepas itu tarik tulang dibahagian kepalanya sampai terkeluar dr badanya,
Patahkan Tulang bahagian Ekor.
ikan tetap berbentuk Spt biasa, masih ada kepala dan ekor.
cuma bersih dari tulangnya sahaja.senanglah Nak Makan.
ini petua dariku sendiri tiada siapa ajarkan.
1 helai daun kunyit dipotong halus
2 batang serai di mayang halus
5 biji buah belimbing buluh dipotong nipis2
3 biji cili merah ditumbuk kasar
5 biji cili padi ditumbuk kasar
sedikit garam dan sedikit gula pemanis rasa
1 helai daun pisang
caranya:
gaulkan kesemua bahan2 tersebut bersama ikan perap sementara, sediakan daun pisang diletakan diatas pembakar masukan ikan tadi dan dibaluti dgn daun pisang dan teruskan membakar. makan bersama air asam..muaaahhh muaaahh tambah 3 pinggan nasi nanti hehehe
P/S hari ni 18 mac kakak sepupu bgtahu tambah sedikit kelapa parut yg ditumbuk bersama bawang merah dimayang. digaulkan bersama bahan2 yg aku bagi diatas. katanya lebih sedap..... :) bagi ku kalau ada kelapa lain sikit..ganggu nak cecah dgn air asam..hikhik byk songgeh lak aku ni
4 comments:
terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini
Ila...dulu pais ikan ni arwah mak bukan main suka lagik...
ReplyDeleteIla...gambar atas tu mesti gambar kat Mini Malaysia ...betul tak...? Hehehehe
YA ke kak? sama ker resepi melaka dgn kedah ni?? ilah baru dpt tambahan bahan dari kak sepeupu dr kedah... katanya kena masukan kelapa parut tumbuk dan sedikit bawang dimayang.
ReplyDeleteya, memang kat mini malaysia. macam betul2 ker?hehehe ilah merasa masak dapur mcm tu la kak. masa tu usia ilah masih bawah 10 thn tahun 70an. bila dah masuk 11thn dah ada dapur gas umah nenek.
Salam,
ReplyDeleteEntah kenapa tekak ni terasa-rasa nak sangat makan pais... Alhamdulillah, terima kasih atas sisipan ini.
emmmm sebenarnya akak sdri pun belum pernah masak. cuma berusaha mendptkan resepinya aje.. aiii jgn2 mengidam kot bawang goreng??? heheheh
ReplyDelete