http://ilahmasakanku.blogspot.com SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA. SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG. ***ilah1908@gmail.com*** jika ingkar boleh dikenakan tindakan.terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemiliknya.
09 April, 2009
91. ROTI BUN JY...aku reka ler sendiri adunannya
berkali kali mencuba tentu lah menjadi.. boleh juga dijadikan berbagai roti...kau org reka lah sdri...nak tambah kismis ker inti ker kacang ker ikutlah ...kalu piza r...hanya tambah hiasan diatasnya dan nipiskan adunan dan bakar laa...
mengancam tak????
alamak tak sekata lak gula ni.. sowe x pasan
boleh juga sapu telur yg dipukul di atasnya
AKU BAKAR PADA 9 APRIL 09
bahan:
1/2 kg tepung gandum
1 paket mauripan
1 biji telur ayam
2 sudu besar marjerin
3 sudu gula pasir
2 sudu susu pekat manis
2 sudu teh baking powder
caranya:
1. ayak tepung gandum bersama baking powder
2. lubangkan tengah tepung, masukan mauripan , gaulkan rata
3. masukan marjerin gaul jadi serbuk roti
4. lubangkan tepung masukan telur . marjerin, gula, susu pekat, air secukupnya
5. ulikan sehingga sebati lebih kurang 10 minit ulinya.
6. lembutnya seperti telinga anda bahagian kau org pakai subang tu laa weyyy kelakau ker..edak lah ini memang petua aku lerr ...
7. perapkan sehingga naik dua kali ganda.
8. uli semula dan bulatkan sebesar mana yg kau org suka, masukan dlm loyang bergris la biarkan naik 2 kali ganda sekali (lagi tutup dgn towel basah)
9. lepas tu apa lagi bakauuu ler 170 darjah f. selama 30 minit
10. kau org jangan lupa sapukan susu di atasnya supaya lembab
11. dekat nak masak sapu lagi susu.
12. angkat tabur lah gula pasir atas nya biar mengancam..jgn nyawa terancam kena kencing manis dah laaa weyyy
2 comments:
terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini
assalamualaikum kak,saya shida..nak tanya sikit blh tak..masa nak perap yg pertama tu kena tutup ngan towel ke?kalo nak tambah kismis..kena masukkan masa kite nak bentuk atau masa adun? thks
ReplyDeletewkslm shidah. ya memg lah kalu nak perap mesti guna towel yg mula atau yg kedua sama jer,
ReplyDeletekismis kena lah masukan masa adun memula.supaya dia bergaul sekata.. maceh...