03 August, 2009

120. KUIH GUNTING...bendahari respeks

Resepi Kuih Gunting
(yg ini resepi saya buat untuk jualan)
1 kg tepung gandum
1 cawan tepung ubi
3 sd teh garam
1 sudu besar gula
sedikit serbuk perasa / 1 ketul kiub pati ikan bilis
daun sup RM0.50 (potong halus)
daun kari 2 tangkai (ambil daun saja potong halus)
bahan yang di sangai/goreng tanpa minyak dan dikisar
3 sudu besar ketumbar
3 sudu besar jintan putih
1 sudu jintan manis
* saya guna yang dah siap jadi serbuk. senang dan cepat
3 sudu lada sulah serbuk
2 sudu serbuk cili
1 cawan marjerin + 1/2 cawan sortening (lemak sayur) cairkan
* guna marjerin + minyak masak pun boleh
Bahan kisar :
3 biji bawang besar
1 1/2 cawan ikan bilis/udang kering
2 biji telur
(kisar dengan santan/air)
1 cawan santan
* kalau tak suka santan guna air biasa pun boleh

cara2:

Tepung gandum + tepung ubi + gula + garam + rempah + perasa +Â marjerin cair.
Gaul sehingga menjadi sebuk roti.
Masukkan daun sup + daun kari. Gaul rata.
Masukkan bahan yang dikisar dan uli perlahan2 selang seli dengan santan.
Hasil doh seperti membuat kulit karipap. Jangan terlalu lembik. Saya tak gunting
tp guna mesin mee.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini