terima kasih teman blogger ku,aku kopi dan pasta ke blog ni senang nak tgok
Bahan-bahan:
3 cawan gula pasir
1 cawan sirap jagung (light corn syrup)
1/4 cawan air
1/2 sudu teh ektrak pudina – atau apa-apa perisa
Beberapa titik pewarna hijau dan merah – atau apa-apa warna
Cara penyediaan:
Panaskan ketuhar 200F. Gris 4 helai kertas kerajang aluminium dengan lapisan minyak yang nipis. Ketepikan.
Letakkan sebuah periuk besar di atas api sederhana besar. Masukkan gula, sirap jagung dan air. Kacau tanpa henti sehingga gula larut sepenuhnya.
Pasang thermometer masakan pada periuk. Teruskan pemanasan tanpa kacau sehingga suhu 285F. Tutup api serta merta dan masukkan perisa. Kacau rata.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Tuang bahagian pertama ke ata kertas kerajang dan masukkan ke dalam ketuhar. Titikkan pewarna hijau pada bahagian kedua, tuang ke atas kertas kerajang dan masukkan ke dalam ketuhat. Titikkan bahagian ketiga dengan pewarna merah dan tuang ke atas papan potong tahan panas. Biarkan seketika sehingga terbentuk lapisan ‘kulit’.
Griskan senduk untuk menyebarkan warna pada keseluruhan adunan. Biarkan adunan sehingga capai suhu panas yang boleh dipegang dan dibentuk.
Pakai sarung tangan dan griskan kedua-dua belah sarung tangan. Gunakan kedua belah tangan untuk tarik dan lentur adunan membentuk tali. Temukan kedua-dua hujung adunan dan pusing membentuk tali. Teruskan proses ini sehingga adunan menjadi warna merah yang cantik dan berkilat. Tarik adunan sehingga membentuk tali setebal 2 inchi. Letakkan adunan ke atas kertas kerajang dan masukkan ke dalam ketuhar. Ulang proses ini untuk bahagian pertama dan kedua.
Keluarkan kesemua bahagian. Potong 5cm panjang dari setiap bahagian. Letakkan ketiga-tiga bahagian yang telah dipotong bersebelahan di atas kertas kerajang dan lekatkan. Tarik dan golek bahagian yang telah dilekatkan pada acuan sehingga menjadi sangat nipis.
Dengan hati-hati, potong anggaran 6-8 inchi panjang. Terus bentukkan menjadi riben seperti gambar di atas. Biarkan mengeras pada suhu bilik.
Ulang proses potong, tarik dan bentuk sehingga habis. Jika adunan keras dan susah untuk dikerjakan, panaskan ke dalam ketuhar untuk dilembutkan. Jangan panaskan terlalu lama sehingga cair.
Setelah siap dan gula-gula mengeras pada suhu bilik, balut atau bungkus gula-gula dengan plastik.
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini