masak hari ni 23 ogos 09 utk berbuka.. jihah minta kanji..nak bawa balik ke UMP..so aku pun masak laa satu periuk besar.. piqa pun bawa balik ke hostelnye...hiasan atasnya saja aku tak masukan..supaya nampak isinya..sebenarnya lebih cair dari ni...tapi jihah nak pekat mcm ni.. org kedah makan cair sikit...
masak hari ni 23 ogos 09 utk berbuka ramadan hari ke2...
sila rujuk resepi dalam bubur kanji kedah di posting 59 yg terdahuluuuuu...saja post gmbr di entry ni supaya kalian nampak masak hari ni berbuka 23 ogos 09
yang ni pula anak no 3 minta nak makan..nasib baik tadi pagi masih di melaka..soo abahnya g beli ubi kayu yg fresh dr pokok.. kat jiran mentuaku.. maka kesemua permintaan anak2 dapat dipenuhi serentak... puas rasanyee..
bahan utk sambal:
ikan bilis di goreng garing
cili hijau di goreng bersama bawang kecil dan bawang besar sehingga layu
kemudian dimesin bersama sedikit belacan garam dan gula sebingga sederhana kasar..
kemudian baru dicampur ikan bilis mesin seketika dan sedia utk di makan..
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini