18 February, 2010

164. CARA MEMBUAT KOTAK KUIH TAKO




selepas bercuti selama 5 hari di melaka...kg mentua kusss
hari ni aku nak ajar kalian membuat kotak sarang kuih tako/pelita pun boleh..
semalam adik ipar kuss kat melaka, bagi daun pandan gergasi saiznya.. sebesar lebih kurang 4 jari kita.. kat kampung daun pandan ni tak laku.. kalau KL ni sebesar lubang idung pun org berebut beli hehehe... kebetulan pulak malam ni blok kami ada kenduri tahlil disurau, jadi aku buatkan kuih pelita tapi guna sarang kuih tako utk pot luck kami.. mak aiii besauuu betol kotak tuuu.. kalian tengok laaa 5,6 sudu mau ada nii...

1. lipatkan daun pandan sebanyak 5 lipatan
2. guntingkan setiap lipatan, sampai ke tulang tengah daun
3. cantumkan setiap guntingan itu selang seli seperti anyam tikar
4. selitkan yg ke 5 akhir ke dalam bahagian 4 supaya kemas dan kelipkan
5. alaskan bahagian bawah jika ia berlubang

sedia utk digunakan.. kalu tak faham tengok lah betol2 gambar tuuu tenungk2kan jangan sampai juling dah laaaa hehehehee...

resepinya ilahjy guna tepung pelita adik2 akak2 semua yer cuba cari kat N3 kuih tepung pelita ya.. klik/ taip kat bahagian atas bertanda B (lambang blogger) atau....disini http://ilahmasakanku.blogspot.com/2009/01/tepung-pelita-ku-jy.html

2 comments:

  1. salam..
    nak bertanya..
    mcm mane nak tahu berapa panjang kita nak lipat tu..

    ReplyDelete
  2. Alhmdulilh.minta izin k nak share.tq.cantek kuih ni sedap.😘

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini