masak pada 23 mac 2010
pisang ada sagu ada ingat nak buat bubur/serawa tapi kelapa pula tak deee maka inilah hasilnyee... ahaksss leh tahan juga rasanye.. sesuai ker nama yg aku bagi niee?? apapun meh kita lihat apakah bahannya
bahan bawah:
3 biji pisang emas di potong dadu kecil
1/4 cawan gula
600ml santan cair/kara
150 gm tepung beras
20gm tepung ubi
1/2 sudu teh garam
pewarna kuning
satukan kesemua bahan kacau atas api sehingga sedikit pekat dan kukus.
bahan atas:
3 sudu besar sagu direndam dengan pewarna hijau sehingga kembang dan cuci bersih habuk sagu yg tidak perlu. kemudian rebuskan sehingga kembang dan cuci dgn air bersih sehingga kanjinya hilang. toskan.
3/4 cawan gula
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1/2 suduteh garam
satukan kesemua bahan kacau diatas api sehingga sedikit pekat dan campurkan sagu kacau rata. tuangkan ke atas lapisan pisang tadi kukus sehingga masak.
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini