24 March, 2010

181. sagu berendam kuss ..ok ker nama ni..

1.susu 2. air gula merah 3. sagu warna warni 4. sagu dah berendam
direka cipta masak pada 24 mac 2010

baki sagu semalam ada lagi... si bongsu tu minta buatkan kuih ni dari semalam lagi.... sementara dia masih di sekolah ada latihan bola jaring balik kul 6 ptg..sempat la aku buatkan utk dia. nanti dia balik leh makan. mesti ana penat sbb ada 2 sessi latihan. koko dan bola jaring. pengsan anak aku hari ni..tapi tak pe mama upah sagu manis ni..

tentu kalian pernah makan. cuma aku ubah bahan utama sbb aku tak mahu kolestrol ni mampat dlm darah ku lagi...

bahan:

1. sagu secukupnya direndam sehingga kembang toskan dlm tapis.
2. panaskan air sehingga mendidih curahkan ke atas sagu tadi dan digaul dgn sudu supaya rata air panas tadi. masa ni lah boleh ditambah kan pewarna yg kita suka.
3. panaskan air dlm periuk sehingga mendidih, bulatkan sagu tadi kecil2 secomel yg boleh masukkan kedalam air mendidih sehingga ia timbul.
3. sediakan air sejuk dalam mangkuk, masukkan sagu tadi ke dlm air itu sebentar kemudian toskan.
sedia untuk di makan dgn air gula dsbnya.

bahan air gula yg aku suka.. kalu kalian tak suka buat la ikut suka masing2.

1.gula merah di masak dgn daun pandan..aku tak campur gula pasir sebab tak suka manis..
2. 1 tin susu cair dan 1/2 tin air di campur dgn 1 sudu besar tepung beras kacau sebati panaskan sehingga mendidih jgn sampai berketul lakkk..

masa nak makan. masukan sagu dan kedua2 kuah ini bersama. kalau dimakan dgn ketul ais lagu kaw kaw...punye laaa.. hubby balik kerja jam 6.30 ptg tadi bukan men girang sbb kegemaran dia..

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini