05 May, 2010

192. lompang berlauk nyonya

ikut selera ilah jy ni sambal udang dimasukkan masa 3/4 masak biar dia melekat kat kuih.. apapun ikut selera memasing yer..nampak tak udang geragau kusss ni???
cuba lihat kesan wap stim ni dah kena lensa kamera ku...huahauaaaa dah rosak dah gmbrnye.. ini kukusan ke 2 nasib baik gmbr 2 sempat diamek utk posting ni...
masak ptg 5 mei 2010

petang tadi aku mencuba resepi dr kak wan lagi.... walaupun dah ada resepi sendiri talam berlauk. nak juga cuba resepi ni yg agak mudah dan senang dari talam berlauk tu. acuan lompang tak de tapi aku guna acuan tart. senang juga dia lekang dr acuan. janji sapu minyak dan sejukkan dulu.
dlm adunan ni aku tambah sikit santan. sedangkan resepi asal tak de. saja jer.. nak habis kan santan yg ada.

hari ni hari malang aku ... canon ku dah rosak kerana terkena wap kukusan kuih ni... huahuahuaaaa..... baru 2 tahun aku beli ....malas nak repair pasti kena bayar sbb dah tamat waranty... sedihnyaaa... kenangan hubby belikan (guna duit ).. semasa dia bekrja di LIBERIA TAHUN 2008 ... sowe darling... satu sama kita yer... darling pun dah 2 bijik dah DC ...so ayang pun nak juga yg ke 2... hahaha... alasan ni... nak sedap hati sndri...

selamat tinggal canon ku... lepas ni ku guna kodak la pula hubby pyee... banyak dah jasa mu sejak aku mula memblog ni...

jom layan resepi yg mudah ini..macehh kak wan.. kalau kak wan nak resepi talam berlauk ilah silakan di N3 talam yer kak..kita tukauu2 rasa..

Bahan A
250gm tepung beras
1/2 sudu teh garam
275ml air/ilah jy gantikan santan utk rasa lemak... maaf k.wan salam derhaka ni heheheee..melawan sifuu lagi..
25gm tepung sagu
1 sudu besar minyak
1 sudu teh air kapur


Bahan B
850ml air panas
1/2 sudu besar kicap pekat


Cara-cara
1. Satukan bahan A, tambah air panas, gaul rata. Asingkan 300ml dan campurkan dengan kicap pekat. Bakinya biarkan warna asal.
2. Tuangkan 3/4 adunan warna asal ke dalam acuan yang telah dileser dengan sedikit minyak dan kukus selama 10 minit. Tutup acuan dengan aluminium foil utk mengelakkan air menitis.
3. Setelah lapisan bawah masak tuangkan adunan yang dicampur kicap tadi dan kukus semula selama 10 minit.
4. Angkat dan biarkan sejuk dan hidangkan dengan sambal udang dan hias dengan bawang goreng dan daun bawang


Bahan Sambal Udang
200gm udang kering dikisar kasar/ilah jy guna udang geragauuuu..leh tahan sedap nye..
3 ulas bawang merah }
3 ulas bawang putih } dikisar
3 tangkai cili }

1/2 sudu besar gula

1/2 sudu besar kicap cair


Hiasan : bawang goreng dan daun bawang
Cara-cara1. Tumis bahan kisar hingga garing masukkan gula dan kicap cair. Hidangkan dengan kuih lompang.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini