banyk betol carot aku amek dikebunan belakang dapo kusss sarat...
deco pada ptg 25 jun 2010 malam kang nak tiup lilin
alkisah kesenambungan dari cerita 22 tahun
bahan2 semua dah ada kebetulan pula resepi nie dah siap print semalam.. terus jer adun bahan kira2 jam 3 ptg tadi..setelah sejuk mulalah aku mendeco apa yg ada... seringkas yg mungkin sebab jam dah kol 5. selepas magrib nak keluar dinner anak beranak..
jom layanzzz kek ni..maceh ya che mat gebusss resepi nie..akak harap tak de kolestrol sbb nanas ada gergaji nak potng kol kita...hahaha..
nanti akusss mask resepi sbb nak kena minta laluan kat cmg dulu dan nak g dinner dulu...sebab jam dah kol 7.45pm dah ni.. lom siap lagi.. ok bye byeee jumpa disanaaaaa...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan diayak)
2 biji telur gred "A"
3/4 cawan minyak jagung
3/4 cawan gula halus (resipi asal guna 1 cawan)
1 1/4 cawan parutan lobak merah, perah sedikit airnya
1/2 cawan nenas dalam tin, toskan dan cincang kasar
1/2 cawan kelapa kering
1/2 cawan kacang walnut, cincang
BAHAN CREAM CHEESE TOPING :-)
100 g mentega
125 g cream cheese
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan sedikit minyak, alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
- Dalam satu bekas, masukkan telur, minyak jagung dan gula, kacau dengan whisk hingga rata, sebati dan gula hancur (kurang lebih 5 minit). Masukkan bahan2 diayak tadi dan gaul perlahan hingga sebati.
- Masukkan nenas, lobak merah parut, kelapa kering dan walnut tadi. Gaul rata menggunakan spatula hingga mesra. Tuang dalam tin dan bakar selama 50 minit - 1 jam atau hingga masak.
- Sejukkan kek atas jaringan sebelum disapu dengan cream cheese tadi. Simpan kek dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...
- UNTUK CREAM CHEESE :- Putar cream cheese dan mentega hingga sebati, masukkan gula aising dan esen vanilla, terus memutar hingga gebu dan halus. Gunakan kelajuan sederhana...Boleh sapu atas kek tadi dan hias ikut suka...
Salam Kak Ilah,
ReplyDeleteCantiklah kek akak ni..pandai akak mendeconya....mesti anak2 dara akak yg cun semuanya tu tolong...
Happy Anniversary To Both Of You.
2 yatie
ReplyDeletetak dee laa cantik sgt.. yg ptg rasee..mat gebu dah buat akak pun itut jer laaa..anak2 pung suka mkn..
t.kasih atas ucapan..