28 June, 2010

213. set nasi ujan pelangi hehe






































wah siap set2 pula nie entah sedap ke idak niee hehe hentam saje....




dah masuk hari senin 15 rejab.. bulan dah mengambang penuh pagi tadi dan mlmnya... ada sesapa buat sunat rejab? mungkin ada. semoga kalian mendapat sunat yg lengkap. nanti boleh lah masak apa yg patut utk berbuka. bagi kusss hari ni tertinggal utk melaksanakannya.

semalam hari minggu seharian kami dirumah dan sebelah ptgnya aku melayan puteri2 kusss pergi ke tasik TTW meyaksikan KL festival... mmg lah ramai sesak nan menyesakkan ketika nak parking mahupun ketika nak balik. sabau jer laaa... itu acara sosial dan lain pula acara keagamaan.. mungkin jauh berbeza..apapun jua aktiviti kita, asalkan dpt menghiburkan kebosanan kita dan anak2 dah cukup ...

mehh kita layanzzz apa yg ilah jy masak utk hari minggu ni..

mood utk masak amat tinggi ...vitamin R cukup kuat maka terhasilah masakan ini.
1.nasi pelangi jy/tah apa2 nama heheee
2. ayam kurma pedas
3. cendawan goreng bertepungs
4. sambal udang sos tiram
5. acar rempah sayuran

1.resepi nasi macam biasa:

5 pot beras basmathi direndam seketika.panaskan minyak zaitun tumiskan bawang merah dan putih hingga wangi.masukkan 1/2 tin susu cair dan air secukup utk tenggelamkan beras -+ 1 inci.masukan daun padan beras kiub ayam garam masak sehingga kering dan titiskan beberapa jenis perwarna di atasnya dan dikacau/balik2 kan. teruskan sehingga betul2 masak. ilah jy perahkan 1 biji limau oren utk meleraikan nasi..petua seadanya...dari dulu lagi ketika mau masak nasi berminyak.

2.resepi ayam kurma pedas:

tumiskan bawang2 dan kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi.
masukkan serbuk kurma 5 sudu dan 3 sudu besar cili mesin. kacau sehingga garing masukkan 1/2 ekor ayam, tomato dadu1 biji, 1 biji bawang besar dimesin, sebatang saleri dipotong panjang, 1 biji bawang besar potong baji,air secukup utk empukan ayam. ilah jy sekali lagi tak gunakan santan utk ayam ini mcm kari utk pulut kuning sabtu lepas.

3.resepi cendawan goreng bertepung:

1 biji telur ayam, tepung gandum, garam, hirisan daun sup dan kunyit serbuk dibancuh pekat dapat membalut cendawan.. itu sajee..

4.resepi sambal udang sos tiram:

senang jer ni sambal macam biasa tapi masukkan sos cili dan soso tiram dan sedikit kicap pekat.

5.resepi acar rempah sayuran dah ada di N3 lama kusss tapi demi kesenangan kalian ilah jy ulang tayang yee..

sayuran yg ilah guna:
kacang buncis potong pjang, karot, timun, bawang putih belah dua, bawang besar potong baji, cili di belah panjang

mesin bawang merah dan putih bersama ikan bilis sejemput sajer bagi perasa.. tumis sehingga garing. masukkan rempah kari ikan dlm 2 sudu bersama biji sawi, soso cili sos tiram, sedikit kicap dan sedikit air kacau lagi sehingga pecah minyak. masukkan kesemua bahan tadi dan masukkan sedikit cuka dan gula dan garam masak sehingga empuk. dah siap... jommmm makan...

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini