09 July, 2010

219. kek batik marie kukus versi jy

kukus petang 9 julai 2010 jam 4 pm siap 6.30 pm



lapisan pertama dikukus sehingga masak

angkat dan sapukan lapisan kedua rata2

lapisan akhir hiasalah ikut selera kita

gula hitam/browning sugar sarawak

kek ini seakan kek biskut marie yg semua kawan2 buat beberapa hari yg lalu.. yg dibekukan dlm peti sejuk. tapi yg ini ilah jy cuba pamerkan cara kukus. ilah jy dapatkan resepi ini kira2 16 tahun lepas semasa ilah jy berada 3 tahun di KEM PAKIT SRI AMAN SARAWAK. jiran ilah jy org sibu dia yg berikan resepi ini.. mari sama2 kita nikmati kelazatan kek ini versi ilah jy.. sbb ada beberapa bahan telah ilah jy ubah dan tambah...mengikut selera ilah jy...

dah lama ilah jy tak kukus rasa2 dah 2 tahun sebab tu tak ade N3 pasal kek ini. sebelum ni rajin buat sebab stok gula hitam tu byk.. hubby g sarawak dan dia belikan.. baru2 ini ada sahabat dari sibu hadiahkan sooo hari ini baru teringat mencri resepi dlm simpanan...nasib baik ada lagi..hehee kalu tak tentu melepas anak2 nak makan...depa sukaaaa..kek ni lembut tak melekit ditangan...

bahan:

6 biji telur
225 gm gula halus
200 gm mentega
200 kaya
150 gm tepung gandum
5 sudu besar susu manis
1 sudu teh vanilla
2 sudu besar browning sugar/gula hitam sarawak

caranya:

putar mentega dan gula sehingga kembang, masukkan telur 1/1 putar sebati.
masukkan kesemua bahan sambil diputar dgn kelajuan sederhana sehingga sebati.
kemudian baru dimasukkan tepung dan putar sehingga sebati.
ilah jy bahagiakan 4 mangkuk biar sekata setiap lapisan.(((4 lapisan lah)))

jommm kita mulakan mengukus... berhati2 dijalanan..hehe..tolong ingat setiap lapisan mestiiii masak baru dilapiskan yg seterusnya...kasi tekan sikit supaya rata dan cantik.

panaskan kukusan. sapukan acuan dgn marjerin dan tabur tepung. masukkan adunan tepung merata bahagian bawah dan terus aturkan biskut marie sepenuhnya. kukus selama 15 minit dan sehingga masak.

angkat dari periuk dan ratakan lapisan seterusya seperti tadi sehingga habis. akhir sekali tak perlu letak biskut seperti ilah jy buat. teruskan kukus sehingga 20 minit/masak. cucuk dgn garfu tiada lembapan. sejukan baru potong..

selamat mencuba ya kalu tak menjadi bgtahu ilah kalu jadi bgtahu kawan2 yee pakat try buat test tengok hehehe.. sebenarnya ilah ada simpan lebih 36 jenis kek sarawak tapi tulisan dah hampir kabur.16 tahun weyyyy. satu masa ilah jy akan cuba pamerkan..kalu rajin..

ps...
*** 16 NOV 2011***penghargaan kepada madihah aka ratna kerana telah mencuba pada hari ni 16 nov 2011 ilahjy update kan hari ni.. meh ke dapo ratna aka madihah lihat hasil menggunakan biskut 4 segi..cream crackers.. tetap menawan tauuu.. DENGAN IZIN ratna kak ilah masukkan sekali gmbr ya..muahhh!!!

5 comments:

  1. Mohon share resepi kak..saya nk ambil sebagai simpanan saya.

    ReplyDelete
  2. Mohon share resepi kak..saya nk ambil sebagai simpanan saya.

    ReplyDelete
  3. mohon halal resepi ye..saya nk try buat

    ReplyDelete
  4. mohon halal resepi ye..saya nk try buat

    ReplyDelete
  5. Salam Puan, saya mohon guna gambar kek ini. Saya akan creditkan gambar ini dgn membuat pautan terus ke URL blogpost ini.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini