"chef" shafiqah masak lunch 14 july 2010
salam sejahtera buat sahabat kuss sekelian.
semoga diri kalian bahagia dan sihat disamping keluarga mahupun jiran tetangga.
maaf agak lama tak buat n3 bukan tak masak tapi tak ada yg sesuai nak dimasukkan dlm blog kesayangankusss ini. petang semalam anak buah dtg dari penang 3 org aku masakan laksa sarawak dan puding buah2an... kesemua dah ada dalam N3 lama. tak yah laa ulang tayang.
hari ini hubby kuss masih bercuti dan hari terakhir..kami p ke giant setiawangsa dan terjumpa laa si pipit ni atau nenek kusss panggil terung belanda... hubby kuss minta masakan sambal .
maka ini lah hasilnya...
sambal ini dimasak oleh anakanda ku shafiqah.. ku ajarkan dia cara memasak si pipit ini..kerna kami jarang beli.. supaya piqa tahu cara memasaknya.. hasilnya memang sedap walaupun usia baru 19 thn.. masa aku 19 thn dulu tak ler pandai memasak..takat lepas tolong2 nenek jer..
mr abah siap bagi markah penuh kat piqa..katanya sedap... mama pula tambah nasi 3 kali hahaha...pula tu ada ikan kering dari melaka macam kopok jer.. isninkemarinkami berdua balik melaka ada urusan tanah lot tuuu..sepanjang jalan dijasin tu ada jual ikan masin ... kiriman dari BAHRAIN terimakasih MAZ ILHAM DAPUR.. atas jasa baik mu kan ku kenang sampai bila2..hanya ALLAH swt sahaja yg dpt membalas jasa baik mu dekkk....
sampai tghari 14 july 2010 lepas ni leh la buat TOKOYAKI/APAM KAYA hehehe
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini