http://ilahmasakanku.blogspot.com SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA. SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG. ***ilah1908@gmail.com*** jika ingkar boleh dikenakan tindakan.terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemiliknya.
14 October, 2010
244. ikan duri masak kari asam pedas..
salam lama betoi ilah jy tak buat N3.. hari ni kebetulan ada ikan duri kat kedai kuaters ni.. selalunya jgn harap nak ada...asyik ikan yg sama naik jemu jg tekak ni..
apa lagi.. ilah jy terus jer balik umah mulakan memasak resepi ni..campuran dua negeri.. biar adil.. kari ada asam pedas ada dlm 1 resepi ni.. almaklumla ...
mungkin kalian pernah masak resepi selera akusss ni..tah apa2 rasa..tapi selepas masak jer terus ilahjy ceduk nasi panas2 terus makan tghari tadi wpun peroittt masih kenyang... ahaksss...
bahan2:
1 ekor ikan duri dipotong dan dibersih dgn asam limau
1/2 cawan cili mesin dimesin dgn
1 biji bawang besar dan
5 ulas bawang putih
4 sudu besar rempah kari ikan
1 ketul lengkuas diketuk2
2 btg serai diketuk
1 inci kunyit ditumbuk lumat
1 helai daun kunyit disiat2
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
seketul asam jawa dibuat air asam secukupnya
caranya:
panaskan minyak masukkan cili mesin dan rempah kari bersama sedikit air kacau sehingga garing/pecah minyak.
masukkan lengkuas, serai,daun kunyit, kulit kayu manis dan bunga lawang, kacau lagi sehingga rata.
kemudian masukan ikan gaul rata dgn bahan2 baru dimasukkan air asam jawa secukupnya dan garam.
2 comments:
terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini
mas suka ikan duri,,,masak pe pun okk...sedapnyaa..
ReplyDeletedapat kat bahagian kepala tu muahh sedap..
ReplyDelete