15 October, 2010

kek oren lembab mat gebu dan farah af2

anak2 dara ilahy bersama saudarakusss FARAH AF2 semasa jamuan akhir raya 8 okt 2010 pada hari sabtu lepas dirumah adik hubby kusss di s.alam.. dah naik keta baru farah sampai dgn fmlynya..dia baru sampai dgn flight dari dot dot ... wpun bz farah dtg juga...... t.kasih kerana mama farah masih ingt pada ilahjy.. dek kerana gelap kat parking tuuu ilahjy tak pasan mama farah dan farah.... huhuu.. yg ilahjy nak puji ni farah mmg cantik sangat dlm tudung tuuu...wajah baruuu masa baru jumpa awal tahun farah belum bertudung lagi..cuma bertopi je.. tahniah farah..ayuuuu gituuu...

semalam sebanyak 3 adunan ilahjy buat kek oren ni.. mulanya nak try jer..sbb tgok kat dapo kawan2 semua tengah hangat bikin kek ni.. dah siap terus makan..sekali hadap dgn 3 beranak.. sbb tak cukup ilahjy terus bakau lagi 2 adunan..hah kauuuu mattt kesemua ahli kluarga akak suka kek ni termasuk kawan di taici tasik keramat... t.kasih yg empunya resepi...

atas permintaan ilah jy minta izin che mat yer c n p resepi yg sedap nii..26 oktober 2010 t.k..

BAHAN-BAHANNYA :-)
130 gram mentega
1 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
1/2 cawan gula halus dan asingkan 1 camca besar
2 biji telur gred "A", asing putih dan kuning
1 biji oren, parut kulit (bahagian kuning sahaja) dan perah jus

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser bunt-pan dengan mentega, atau guna acuan silicone. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih, masukkan kuning telur satu persatu dan putar hingga gebu. Masukkan parutan kulit oren, putar sebati.
  3. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang seli dengan jus oren, hingga habis, pastikan bahan terakhir ialah tepung. Putar rata. Ketepikan.
  4. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan 1 camca besar gula halus yang diasingkan dari 1/2 cawan tadi dan terus putar hingga kental.
  5. Gaul putih telur dalam adunan no 3 dengan kaedah kaup balik, hingga rata dan sebati. Tuang dalam acuan tadi dan bakar selama 40 - 45 minit, cucuk dengan lidi sate jika keluar bersih tanda kek anda telah masak. Keluarkan dari acuan dan sejukkan atas jaringan sepenuhnya..

2 comments:

  1. salam...ms ilah jy..leh x kongsi resepi kek oren gebu ni..nampak sedap n meyelerakan lah...

    ReplyDelete
  2. boleh.... jap ya saya c n p...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini