29 January, 2011

271. pau ilahjy inti kelapa muda

kukus malam tadi 28 jan 2011 bersama puding roti yg ke 4 kali masak..
puding roti yg kosong ilahjy tak masukkan jem kerana kehabisan ...
pau ini ilah jy guna tepung pau dan sedikit tpg roti mmg gebussssss lembut sampai ke pagi...
yg ini pau yg diperap sebelum dikukus .. bila dah naik dari saiz yg kecil contoh ditengah tuu menjadi saiz yg tepi tuu baru dikukus menjadi seperti di bawah niii.. dek kerana malas nak guna kukus yg besar maka padat sendat laa depa niii hihihiii.. kesian kau pau.. sempit sampai melekat2 ...hahaha
minta maaf resepi pau gebusss ini ilahjy tak ada sukatan main masuk2 jer maka tak pandai nak agak2.. tapi kalu ada yg berminat nanti ilah jy cuba masukkan..
*********
hari sabtu kembali lagi silih berganti macam tu juga masakan kita hari2..
malam tadi tah macamana mood utk masak kuih datang bertalu2 silih berganti..hehehe
ini kerana anak sulung najiha dah balik dari UMP gambang utk CNY seminggu.. maka mama dgn besar hatinya masak ke dua2 jenis kuih ini pada 1 masa yg sama malam tadi dan dimakan selepas masak jam 10 pm..ada baki utk sarapan pagi ni 29 jan 2011.
kebetulan hari ni hari wilayah disambut awal kerana CNY. anak bongsu kuss nur liyana terlibat dlm perbarisan PBSM.. jam 4.30 pagi tadi dah bergerak ke dataran merdeka..
maka kami sekeluarga tak ke mana2 minggu ni..

ilah jy cuba masukkan resepi yg main agak2 ni:

bahan:
3 cawan tepung pau beli kat giant setiawangsa jer ni tak de jenama pun pek dlm plastik jer
1/4 cawan tepung roti /terpaksa guna sbb tpg pau habis dek krn bancuhan lembut tak blh uli nasib baik menambah baik pau jadi gebusss..kebetulan agaknya
1 sudu besar lemak sayuran/shortening
1 sudu besar yis mauripan
2 sudu besar gula
air secukup lembut adunan/macam cuping telinga> tempat pakai subang tuuu hehehe punya kelembutan..

caranya:
campurkan kesemua bahan dan gaul rata..baru masukkan air. uli sehingga lembut perap sehingga naik 2 kali.. baru dibentuk..

petua2 utk pau tidak jadi permukaan bulan:
1. leperkan aduan sekeliling tapi yg tengah harus ditebalkan.
2. masa kukus hendaklah di perlahankan api. kukus 10 minit jer.

selamat mencuba ya.. kalu tak jadi jgn maree sbb tak de sukatan yg tepat ya...



7 comments:

  1. kak ilah...lembut dan gebu la pau akak tu...geramm tengok..
    puding roti tu pun nampk sedapp la.....

    ReplyDelete
  2. mas..cuti tak p mana2 ker?
    pestime ni kak buat pau segebusss ini selalu tu guna tpg gandum jer kali ni jumpa tpg pau di giant setiawangsa apa lagi..hehe

    ReplyDelete
  3. salam ilah..wow angin rajin dah mari ya hehe.Kami mmg suka makan pau pau ni.Lebih sihat sebab tak banyak guna minyak atau butter.Main kukus je:)eh..nampak gayanya kalah le Pau Ahmad tu hihi

    ReplyDelete
  4. salam kak...lagi kelmarin nak try wat pau...tp tak terbuat2 gak..... esok kalau rajen nak wat gak lah... mintak mamatok dulu ehh... hihi

    ReplyDelete
  5. 2 kak cm
    betul tu kak kurang lemak kurang la kolestrol..

    2 hana
    ya ker..nanti dah buat tunjuk tau..tunjuk cucukuss dan abg2 dia tgah ngap pau gebusss mama ya...

    ReplyDelete
  6. kak ilah cayang, nk pau gebus 2 ketoi kak...berkenan sungguh pau akak ni..sedapnya nk buat malas pulak...hehe

    ReplyDelete
  7. Ya dinda nieza kusss sorg..awatnya malas ..guna en BM lagi senang..cepat siap... tahan jg pau tu
    kalu nak mkn kukus semula..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini