adunan yg siap utk dibakar amboii merahnya.. koko campur merah terang serbuk..
setelah seminggu berehat dari masak kuih muih hari ini ilah jy bertekad nak buat red velvet cake ni.. semalam ilah jy buka dapo sorg sahabat kita.. terjumpa blog kawannya/ilahjy baru melawat dan belom add list lagi..... tapi malangnya ilah jy terlupa siapa pemilik blog yg ada resepi ini.. digambar pun tak ada watermark.. ilahjy pun satu..tak take note sapa punya.. bila nak semak kembali buat n3 ini maka tak dpt lah carikkk..huhuuu!!! apa yg ilah jy nak dari resepi ini ialah telur yg digunakan cuma 2 biji sahaja.. berbeza dari resepi yg ilah jy jumpa dari dapo kekawan yg lain dah tentu ramai yg dah buat kek ni.. ilah jy saja yg ketinggalan ...hehehe...
caranya sama cuma berbeza kandungan telur itusss...
mohon maaf kepada tuan punya blog yg sudi kongsi resepi ini dimana beliau juga amek dari kenalannya... mohon ilahjy cnp resepi ya... kalu anda terjumpa resepi ini dah dimasukkan disini tolong ucap sesuatu ya hehehe..."salam..ini resepi saya..."
22 feb 2011 >>> catatan terbaru dah jumpa dah blog yg ilah jy amek resepi ini t.kasih CATLINA klik sini ya nak rujuk resepi ini dan beberapa cerita..
nanti ilah jy masukkan resepi yg agak panjang itu.. maceh byk2 ya yg empunya resepi.. kek ni mmg moist dan mudah lerai ketika potong masa masih panas.. sbb dah tak sabar nak makan..tak dan nak sapu toppingya...
Bahan-bahan ( 1 biji )
Kek (Sila guna penyukat khas)
- 2 1/2 cup tepung kek
- 1 sudu kecil serbuk penaik diayak
- 2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis (biasanya guna van houten)
- 2 oz pewarna merah (kalau xtau sukat dlm oz, campurkan dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes pun cukup)
- 1/2 cup butter
- 1 1/2 cup gula
- 2 biji telur pada suhu bilik
- 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
- 1 cup buttermilk pada suhu bilik. kalau xdpt beli kat kedai, resipinye ade di bawah
- 1 sudu kecil cuka putih
- 1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda
Buttermilk
- 1 cup (240 ml) susu kotak full cream
- sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon
Cream cheese frosting
- 2 buku cream cheese, dilembutkan
- 1/2 cup butter dilembutkan
- 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
- 2 cup gila icing, diayak. kalau xsuke manis boleh kurangkan gula tp saya guna 2 1/2 cup
Cara-cara
- BUTTERMILK: campurkan tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang sesuai.
- KEK: sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.
- Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul.
- Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul. Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung,pukul dan semua buttermilk,pukul dan kemudian kesemua tepung yang tinggal.
- Campurkan cuka dengan baking soda dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih. Cepat2 campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukkan dalam loyang dan bakar.
- Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. Kek ni moist, so kene cek awal. Bile cucuk dengan lidi je dah bersih, keluarkan dari oven.
- Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum letak frosting.
- CREAM CHEESE FROSTING: Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.
- Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek,lagi tebal lagi sedap. kemudian letakkan kek yang kedua atas kek tadi, bahagian yang rata menghadap bawah. kemudian sapu frosting di seluruh kek.
- Kek ni sedap kalau dah masuk dalam peti sejuk lepas tu keluarkan sekejap bagi die xkeras, baru makan.
nuffnang_bid = "7879ec5a1b7ef8aca938c048f2611c9a";
assalammualaikum kak ilah...apa khabar?semua sehat ke kak?..wah sekali tayang keluar menu kek yg mengancam ni kak...merahnya mak ngah...nk le sepotong kak...hehe
ReplyDeleteperhh..sedappnya..
ReplyDeletemas pun bertangguh2..tak buat2 lagi...
ada lagi ke kak..nak sikitt..he..he..
tumpang tanya kak...
mana n3 tentang
retak kaki dan bedah telinga...
tak nampak pun..
Salam kak. Tengok kat sana sini ramai yg dah wat kek nih. Mesti cedap kan? Nak cikit..
ReplyDeletep/s: Asben akak baru lps operate yer? Semoga kakIlah sekeluarga tabah dan sabar menempuh ujian Allah ni yer.
2 nieza
ReplyDeletewkslm nieza..semua sihat cuma dlm rawatnn pemulihan jer laa huhuu
bukan merah sgt la mak ngah ..mak long laa haha..
2 mas
n3 tu kak ilah draftkan ia..sbb kesian tgok jahitan telinga tu.. ngeri pun ia.. hari ni 22 hb dah cabut dah benang2 tuu mas...kat tuanku mizan..
2 eliza
ya eliza baru seminggu lepas... t.kasih doa eliza tu ya..aminnn..
salam kak...
ReplyDeleteira pun dah cuba buat kek ni, sedap sangat. mmg tak puas nak makan. nanti bila free nak buat lagi
salam kak ilah..:) tehehehehe..sy pun ambil resepi ni dari myresepi.com,. dan juga lepas bersembang2 pasal tips dgn cikmin..memang nerves buat kek ni sebab takut tak jadi time melepa dan melapis..:) tq for the credit yeah!
ReplyDeleteAssalam kak ilah,
ReplyDeleteharap abang & anak akak dah bernasur pulih..kek merah baldu ni..macam nampak sedap tapi itulah kita masih takut2 ler, nak cuba recipe yang mana sebab banyak recipe mata pun rambang..hehe..
2 ira
ReplyDeleteapa2 kek kalu masu susu mmg sedap..hihi
2 mcm tu la kita amek mengamek resepi lama2 bertambah ilmu di dada.. t.kasih ya
2 ayu
t.kasih ayuu tak putus2 doa dari mu dek
cuba lah senang jer tapi kak ilah takut nak makan kala merah sesgt..hehehe