25 February, 2011

279. sup ikan merah berhalba jy

salam hari jumaat dan selamat pagi buat semua
maafkan ilahjy jika ada kesilapan dan tutur taipan yg kurang enak disepanjang memblog dialam maya selama ini bersama kalian ada yg terkecil hati mahupun terasa hati dsbgnya. harap di maafi yaa...kawan2.. sempena hari jumaat yg mulia ini..
pagi ini ilahjy nak kongsi resepi sup ikan merah berhalba yg dimasak tengahari semalam.. masak sebelum ilah jy menghantar anak ke 2 piqa ke kolej nya di PJ..dan terus ilah jy duduk melepak dlm surau kolej tu sampai jam 5 pm baru balik. kalu balik ke keramat tentu mkn masa dan buang minyak jer jadi ilah jy amek keputuusan utk tunggu sehingga piqa habis kuliah begitulah seadanya sehingga piqa dibuka balutan simen kaki tuuu..
mari kita kongsi resepi ciptaan ilahjy sendiri... ilah jy masak utk en hb yg masih berpantang luka operate tuuu

bahan:

1 ekor ikam merah berat hampir 1 kilo/beli dipasar tani PULAPOL (murah2 brgan disitu.)
1 bungkus kecil suhun
1/2 biji bawang besar dimayang
1/2 inci halia dimayang
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 sudu teh lada hitam
2 sudu besar rempah soto
1 sudu besar halba ditumbuk kasar kalu tak tumbuk rasa halba tak bangkit
1 keping asam gelugur
daun sup dan bawang utk penambah rasa juga bawang goreng.

caranya:

1. tumis bawang, halia, lada hitam, pelaga,halba, kulit kayu mais, bunga lawang sehingga wangi.
2. masukkan rempah soto bersama sedikit air supaya rempah dapat garing sebelum dimasukkan air utk kuah.
3. setelah pecah minyak baru dimasukkan air utk kuah yg secukupnya.
4. masukkan ikan merah, asam gelugur dan suhun, masak dgn api yg perlahan supaya mesra bahan2nya. tambahkan garam dan perasa..

selamat mencuba ya... kalau tambah asam limau lagi sedap dan cili api kicap..



5 comments:

  1. kak ilah..sedapnya sup ikan tu...
    mas suka tau...
    anak ngan hubby akak macam mana..dah beransur pulih yer,..

    ReplyDelete
  2. anak dan abg masih dlm pemulihan t.kasih tak putus2 mas bertanya khabar..huhuu

    ReplyDelete
  3. Salam kak Ilah..
    Sedap ye sup letak halba..Nak try jugak satu hari nanti..
    Anak dara dan hubby akak dah baik ker? Harap dua2 beransur pulih ye.. Akak pun jaga kesihatan tau.. Mesti dapat rehat yang cukup tau!

    ReplyDelete
  4. 2 naz
    salam naz
    dua beranak tu dlm proses pulih.. t.kasih bertanya khbar .. nanti kalu dah baik betul2 kak ilah buat N3 ya.. t.ksih doa dan pesanan naz...huhu

    ReplyDelete
  5. akak, rindunya nk singgah dapur akak ni..sedap nangok sup ikan ni nanti nk cubalah...:)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini