15 April, 2011

297. tengiri masak halba cili padi cara jy.

masak untuk tengahari jumaat..15 april 2011

resepi ciptaan ilahjy
bahan:

4 keping ikan tengiri
1 batang serai diketuk
2 helai daun limau purut

bahan mesin halus:

4 biji cili merah
6 biji cili padi
1/2 biji bawang besar
1 inci halia
1 inci kunyit
1 sudu besar rempah soto
1 sudu besar halba
1 biji tomato

sedikit minyak

caranya:

tumiskan bahan mesin sehingga pecah minyak.
masukkan air secukupnya setakat tenggelam ikan. masak sehingga mendidih.
masukkan ikan tengiri dan serai juga daun limau purut. perasakan garam. masak sehingga kuah sedikit pekat dah siap..



3 comments:

  1. Assalam kak ilah,
    nampak sedap lauk ni kak..kita minta izin print ya..ada kelainan sebab gunakan rempah soto ya..

    ReplyDelete
  2. perhhhhh..sedappnya tenggiri tu...
    terliur mas tengok...
    kuah tu pekat jerk...
    mas suka....

    ReplyDelete
  3. 2 ayu
    kak suka sangat masukk rempah soto dan sup dlm setiap masakan kak sebab ada rasa kelainan.. asyik ikut yg ori sesekali ubah kira ok la juga ayu.. 4 keping sekali hadap tadi.. depa semua suka..hehe perasannn..

    2 mas
    kalu cair tak sedap.. sebab tu boh rempah bagi pekat dan tomato juga..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini