25 May, 2011

314. talam jagung

ahaah dah tercapai hajat nak buat talam jagung. kemarin tu nak buat talam jagung terjadi talam sagu.. berbeza talam jagung ni dgn talam sagu kemarin tu.. talam jagung ni amat lembut sekali sesuai dgn pengemar kuih talam yg lembut2. manakala beza talam sagu yg ilah jy buat tu agak kental. dan senang nak potong.. jadi satu hari nanti ilah jy akan buat resepi talam sagu utk di bawa ke majlis2. tapi setakat makan2 kat rumah molek guna yg ni..

alkisah.. resepi ni ilah jy cedok dari dapo NIEZA DI HELSINKI.. Asal dari kak hanieliza berupa talam pisang nieza ubah jadi talam durian.. dapat kat ilah jy pula terus jadi talam jagung.. fuhhh jauh resepi ni bergerak dan berubah.... apapun terima kasih kepada insan beruda kak liza dan nieza ilah jy masukkan resepi ituk anak cucukusss rujuk nanti...

sebenarnya pagi ni 25 mei jam 9.30 ilah jy akan berkunjungan ke rumah seorang jiran di dalam MINDEF dah lama kami tak jumpa. disebabkan dia suka kuih2 talam ilahjy buat khas utk dia...
tapi dia suka manis jadi ilah jy tambah sikit gula lah... kami pernah berjiran di PORT DICKSON
Selama 3 tahun kemudian di dato keramat ni selama 3 tahun juga.. setelah hb dia naik pangkat terus pindah masuk dlm MINDEF tahun lepas 2010.. TINGGALlah ilahjy yg belum pindah sebab rumah tak ada kosong..terpaksa duduk umah mejar...apa nak buat.. janji ada rumah...yg selesa lagi...
ditalamkan utk ziarah rumah sorg sahabat 25 mei 2011
bahan bawah:

1/2 cawan gula pasir
1 cawan tepung beras
2 sudu besar te[ung kastard
2 cawan santan cair
1 sudu teh garam

1 cawan jagung krim dlm tin mesin sehingga halus ya puan2
1 sudu besar perasa jagung /utk buat air jenama YAKIN

Caranya:

sapukan loyang dgn minyak dan panaskan dlm kukusan.
bahan2 di campur sebati kacau atas api sehingga naik wap dan kukus selama 20 minit atau kering. cakar permukaan dgn garfu dan masukkan bahagian atas.

bahan atas:

1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam
4 sudu besar gula/ilah jy tambah sebab sahabat suka manis

caranya:

satukan kesemua bahan dan kacau atas api sehingga sedikit pekat dan tuang atas lapisan jagung tadi kukus selama 30 minit supaya masak betul2. sejukan baru dipotong.




15 comments:

  1. akak..rajinnya menalam....
    bak seketoi...

    ReplyDelete
  2. awal pagi dah kuih talam..wat bfast best ni...

    ReplyDelete
  3. 2 mas
    senang juga sambil2 masak utk makan malam...mas.. kwn kak suka...

    2 naz
    buat mlm tadi..tapi 2 jam sejuk dahboleh potong..hehe

    2 sari
    sebab jiran dah lama kenal..kak kalu suka org tuu akan suka selamanya ingt apa jer dia suka makan..huhuu..

    ReplyDelete
  4. cantiknya talam illah ni.Nanti nak cuba jugak la..

    ReplyDelete
  5. cubalah kak ..mmg sedap dan amat lembut..

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum kak ilah cyng, akak lagi hebat..terus jadi talam jagung...sedap ni..nanti nak cuba jugalah...hehe

    ReplyDelete
  7. wkslm adinda kuss cyg...mana air zam2 utk kak musss...huhuu...suka kak tgok kat meja nieza cantik2 belaka pinganmangkuk

    ReplyDelete
  8. Ni demam manalam sedang melanda rasanya ni.. Semua org asyik manalam jer ni..

    ReplyDelete
  9. eh!rasanya akak belum try buat talam jagung lagi..nak buat jugaklah nanti..cuti sekolah ni tentu budak2 suka kan?..

    ReplyDelete
  10. Assalam kak ilah,
    oh akak buat lagi serunding cendawan tu ya..kita pun kak..lepas posting hari tu kita buat lagi juga..hahah..
    kuih talam ni nampak sedap juga kak..bolehlah masuk list..kita suka ada jagung2 ni tapi hubby tak suka..

    ReplyDelete
  11. 2naz
    hehe demam talaman namanya..

    2 kak nim
    semua kawan2 suka..tapi en hb dari dulu dan selamanya tak pernah suka kuih lembek2 ni hehe..

    2 ayu
    tu la ayu kak pun buat leps ayu buat n3 tu... sebab mula buat tu tak pas makan ciput sgt.. kali ni beli byk buat utk 3 hari...
    lt kol Y tak sukeeeeee..juga kuih mcm ni.. apa nak buat kan ayu..

    ReplyDelete
  12. As'salam kak ilah

    kak sedapnya kuih2 talam ni kak. kalau bulan puasa jer yang rajin ct nak buat. sebab bila puasa anak2 gemar sikit nak makan kuih2. kalau nasi ni kurang sikit.. hihihi. lama juga ct tak menalam ni kak ilah :D

    ReplyDelete
  13. wkslm adik ct yg manissss dan lawoooo..
    kak pula bila posa wjib makan nasi..kuih2 ni selepas terawikh..hehe

    ReplyDelete
  14. salam rindu mamatok@kak.ilah... alhamdulillah kami skluarga sihat... cucukuss tuh takyah ckp la sbb skrg dah jd budak itam.. seitam gajah itam mama.. hahahahahaha... rezeki tuh jerk kak yg dpt.. alhamdulillah... hihihi..

    akak skluarga sihat? biler la yer leh dpt gader2 ngan akak nih.. tunggu darwish dpt 'abang baru' kot br sampai sana.. hihihihi

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini