02 July, 2011

327. ROTI CANAI GUNA BM

sarapan roti canai BM pada 2 julai 2011

Dah kata dah... apa tuuu? ioyaa dah ada bibik melayu ni makan roti canai la pula.. rasanya tahun 2011 belum lagi buat roti canai yg dulunya uli2 dgn tangan.. tapi hari ni adun dgn bibik melayu.. tapi adunan tak kena kot.. sebab masuk jer tanpa sukatan. tak berapa lembut sgt spt diharapkan oleh en hb... tapi boleh tahan laaa... hentam saja lah labuuu.. makan dgn sardin yg dimasak dgn tomato dan bawang besar yg byk mmg manis2 masam laaa..

p.s baru di masukkan resepi pada jam9 malam 2 julai 2011

minta izin TUN TELANI yg baru ku kenali di fb hari ni.. utk dimasukkan resepi roti canai ini. sebelum ini dah 20 thn ilahjy guna resepi sendiri tanpa sebarang sukatan.. tapi bila dah guna bibik melayu tu maka kena la ada resepi yg khusus sukatannya... t.kasih kepada semua yg terlibat dlm resepi ini...utk rujukkan akan dtg.. nanti ilahjy akan cuba buat pula adunan ini..


ROTI CANAI

Sumber: KAK HANA
, KAK IKA (tun telani)

Bahan-bahan
  • 3 cawan tepung gadum
  • 1 hingga 1 1/2 cawan air>>untuk stgh adunan, kita gunakan air 3/4 cwn
  • 1 sudu besar marjerin>>yg ni kita gantikan shortening
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 1 sudu besar minyak masak>>guna minyak masak jagung mazola
Cara-cara
  • Air + garam + susu = di kacau = Bahan A
  • Bahan A di campur sedikit demi sedikit dgn tepong (uli cara manual). tp campur semua kalau menggunakan mesin.
  • Campur minyak masak
  • Campur marjerin
  • Uli doh hingga lembut dan elastik. Selepas dough telah siap di buat, tutup dgn kain yg lembab dan rehatkan 30 minit.
  • Buatkan bulat kecil kecil 75gm-90gm setiap satu. ( satu adunan ni boleh dapat dalam 8-10 roti canai)
  • Dan saluti dgn marjerin utk mengelakkan ia dari melekat.(hana salut dengan minyak)>>kita rendam dgn minyak jagung jugak :D
  • Tinggalkan selama 2 jam.>>kita buat semalaman :D
  • Siap utk di tebar dan dibentuk samada nak buat style 4 segi atau style sanggul/pusing
  • Lepas dah masak jangan lupa masa masih panas-panas tu tepukkan roti canai tu guna dua belah tangan macam kat kedai tu...nanti baru timbul segala layer yg kat dalam tu.
PETUA utk buat roti canai:
1. Untuk menjadikan roti canai itu LIAT = taruh minyak
2. Untuk menjadikan roti canai itu CRISPY = taruh gula or tambah susu pekat manis
3. Untuk menjadikan roti canai itu lembut sehingga ke petang = uli dgn air sejuk/ais



4 comments:

  1. kak..roti canai telur 2!!
    teh tarik pannnnjanngg punya...gelas besor ek..hehe

    ReplyDelete
  2. salam kak ilah tajinnya menebar roti canai...order sama ngan ana roti telur-1..teh tarik kaw2 punya..

    pstt kak ilah BM tu brp rega?

    ReplyDelete
  3. salam kak ilah.. dr FB tun dtg dapur akak ni.. hehe... sama laa bekfes kita.. tun uli guna mixer je.. x wat n3 lagi..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum kak ilah.
    aduh, cantiknya gmbr profile kak ila.:))
    sy pn dah lama teringin nak beli bm tp mr hubby kedekut tak nak belikan, hua hua, hua... sy pn kedekut nak kluarkan duit sendiri. hehe...
    tp bestkan ada bm mcm2 blh buat.:))

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini