masak pada malam 31 julai 2011 utk ramadan 1432
santan tak payah byk2 nanti lambat nak kering weyyy....
30 julai 2011-dihadapan asrama baru najihah UMP pahang. sebelum ni di dalam kawasan kampus. baru berpindah ke sini hanya utk 2 bulan dan terus pindah keluar aka tamat pengajian.
SALAM RAMADAN BUAT SEMUA UMAT ISLAM SELURUH DUNIA YANG MENYAMBUTNYA PADA MALAM INI. 31 JULAI 2011.
syukur kita kehadrat ilahi kerana Dia telah memanjangkan usia kita utk bertemu lagi dibulan yg penuh kemuliaan ini. pada malam ini semua umat islam sedang mengerjakan ibadat solat tarawikh yg pertama utk bulan ramadan pada thn 2011 ini. dukacitanya akusss kerana terpaksa menahan dahulu disebabkan akusss seorang wanita yg tiada daya... semoga selepas ini akusss berpeluang menikmati malam2 dan hari2 ramadan bersama kalian semua.. bukan apa biasalah org pompuannnnn syhhhh syhhh..... jgn terfikir yg bukan2 pulaa tauu...
buat pengetahuan kalian, sabtu semalam 30 julai 2011 ilahjy bersama en hb pergi ke gambang UMP pahang utk mengambil si sulung kusss najihah.. yg telah pun menamatkan 3 tahun pengajiannya dlm peringkat ijazah SAINS KOMPUTER. setelah 3 tahun berada di gambang. alhamdullillah segalanya berjalan dgn lancar kami tiba di gambang jam 10 pagi. isi barang dlm keta jam 11 selepas sarapan di restoran sebelah asrama UMP kami terus pulang ke KL semula tanpa lengah2... kerana byk urusan sebelum puasa perlu diselesaikan.
mohon maaf kepada HANA MEMORIES KERANA kita tidak dpt bertemu. kebetulan hana sibuk dgn sekolah daniel yg ada sukan. rasanya kita akan bertemu thn depan semasa konvo najihah ya hana.
dengan itu keluarga ilah jy kembali bersatu setelah 4 thn terpisah termasuk matrik di kuala pilah najihah belajar. selepas ini jihah akan mengikuti priktikal di kawasan PJ boleh lah berulang alik saja ke rumah. alhamdulillah...
berbalik kepada sempena sambutan ramadan. en hb meminta ilahjy membuat serunding daging. saban tahun kami beli dari KG LAUT KELANTAN. Kali ni nak merasa air tangan sendiri. alhmdulillah serunding yg di masak jam 5 petang tadi telah siap pada jam 9 malam ini. anak2 semua berpuasa hati dan puji sakan... emmmm mama apa lagi kembang kempis idung... waktu ini mereka semua sedang solat di masjid baru MINDEF. seronoknya ada masjid baru yg siap ekon dgn cahaya bergemerlapan.. ilah jy akan bersolat 5,6 hari lagi .. huhuuu...
mari kita sama2 saksikan resepi rekaan dan iham sendiri ilah jy.
serunding daging:
persediaan bahan utama:
1 kilo daging dibersihkan dgn asam limau
dipotong empat segi besar lebih kurang 2 inci kali 2 inci.
direbus sehingga empuk. toskan airnya dan disiatkan sehingga halus .
maaf ilahjy tak guna air rebusan kerana lemak daging itu tidak berapa sesuai dgn kesihatan ilahjy. air rebusan itu dibuang.
bahan mesin:
3 biji bawang besar
1 labu bawang putih
2 inci halia
6 batang serai
2 inci lengkuas
3 sudu besar biji ketumbar
3 sudu besar jintan kasar
1/2 cawan cili kering mesin
bahan tambahan:
2 sudu besar rempah sup
2 sudu besar jintan putih serbuk/jintan halus
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 cawan santan pekat dari sebiji kelapa
caranya:
1. tumiskan bahan mesin dgn bunga lawang dan KKM sehingga wangi dengan minyak yg mencukupi.
2. masukkan cili mesin, serbuk sup dan serbuk jintan masak sehingga garing dan pecah minyak.
3.masukkan daging tadi kacau rata sehingga sedikit kering.
4. masukkan pula santan pekat garam dan sedikit gula dan kacau dgn penuh sabar sehingga kering dgn api yg perlahan.
ilahjy masak dekat2 3 jam baru tutup api.
memang berbaloi2 jika masak sendiri... semasa sekolah dulu saban tahun ilahjy masak sendiri utk nenek makan. setelah 23 thn kawen baru ini kali pertama buat kembali serunding ini walaa walaaaaa.. lama tuu.. .dapat tau semalam harga serunding daging dah naik lagi kalu tak silap 45rm sekilo... itu terus dr pembekal.. kalu dekat pasaran???? semasa beli dari kg laut tahun2 lepas dpt harga istimewa 30rm sekilo..yuhoooo jgn maree..mak angkat yg masak.. murah laaa weyyy.. tapi kali ni sendiri masak.. huhuuuu ...maaf ya org kg laut....bukan tak sudi cumamasak nak resepi sdiri pula....
dah cukupppp melalut la pulaaa... depa semua dah balik solat terawikh mama belum siap taipannnn... okiessss layannnzzzzz...
SELAMAT BERPUASA YA ....JANGAN PONTENG2 SEBARANGAN.. JAGA TINGKAH LAKU TUTUR KATA.... MAAFKAN ILAHJY JIKA ADA SBARANG KESILAPAN SEMOGA IBADAH INI DIBERKATI..AMINNNNN...
selamat menyambut bulan ramadhan kak ilah...semoga kita beroleh keberkatan di bulan yg mulia ini....
ReplyDeletebestnya dapat makan serunding daging...klu beli ni mahal kan kak...
Salam K.Ilah..selamat menyambut bulan Ramadhan al-mubarak tuk k.ilah sekluarga
ReplyDeletesalam Ramadhan Ilah..sambal ni sgt sesuai untuk raya nanti:)Semoga sihat sihat selalu.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam ramadan kak ilah n famili..sedap nmpak serunding kak ilah tu n rajin sungguh akak ni..:)
ReplyDelete2 lia
ReplyDeletesama2 lia semoga kita sihat jalani ibadah ini.mmg mahal giler...hehe
2 azatie
t.kasih atie
2 kak cm
yaa utk raya kak..tapi kob dah tak sabar nak mkn.hehe. semoga kita sama2 sihat kak...
2 deliah
sedap mmg sedap..berbaloi2 buat sendiri