04 November, 2011

368. KERABU SOTONG


kuih bakar jagung petang semalam terluper nak buat N3.. hukhukkk

edisi menghabiskan stok sebelum pulang ke melaka

setiap hari jumaat en hb mesti balik makan kat rumah. berbeza hari2 sebelumnya.. kami hanya makan malam bersama2 sekeluarga..kerana waktu malam lah semua berkumpul, 6 org semuanya.

kebetulan hari ni merupakan hari utk menghabiskan stok dlm esbok tuuu maka byk juga lah menu hari ni.. meriah2...
contoh kerabu sotong 1 malaysia niee... sebab apa ilahjy namakan 1 malaysia? kerana byk juga kwn2 sotong dalam kerabu ni... dan sebab itu juga ada bendera malaysia..hasil dari pemberian hari kemerdekaan ke 53 tahun lepas kami sama2 sambut di stadium bkt jalil...meriah seronok dan dpt bendera saiz 2 kali A4.. besar juga tuu...

KERABU SOTONG 1 MALAYSIA resepi ilahjy

bahan:

2 ekor sotong saiz besar sejengkal jari hantu..emmm pjgnya potong bulat2 nipis.

panaskan air dalam 1/4 cawan sehingga mendidih masukkan sotong itu sebentar sahaja, dlm 2 minit.toskan.

air sotong digunakan utk merebus belacan dlm saiz ibu jari sehingga mendidih sekali lagi.hancurkan belacan guna sudu. air belacan digunakan kesemuanya dalam kerabu ini.

2 biji buah tomato di potong nipis2
2 biji cili besar di potong bulat2 nipis
2 biji limau kasturi amek airnya
5 biji cili padi /ikut pedas di potong serong2
kulit limau kasturi di potong nipis2
1 biji bawang besar di mayang nipis2
1 potong nanas muda di potong baji nipis2
garam secukup rasa

campurkan kesemua bahan di atas di dalam mangkuk gaul rata dengan sudu rasalah asam dan garamnya.

selamat mencuba......

5 comments:

  1. meriah betul kerabu sotong.. sy tumpang makan boleh, kak kusss??? hihi. Nt sy bawa kerusi makan sendiri.. hehe

    ReplyDelete
  2. maila masih ada utk malam letak dlm esbok ....hehehe

    ReplyDelete
  3. kak, sedapnya kerabu!!! nieza suka:D

    ReplyDelete
  4. kak ilah...sedapnya kerabu ni, masam2 pedas....pergghhh mmg mengancam la...hihihhi

    ReplyDelete
  5. dah lama tak buat kerabu sotong...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini