selamat sejahtera kpd semua sahabat alam maya kusss sekelian..
sekian lama aaceceeee lama ker? huhuu hanya beberapa hari..tapi terasa amat lama...ilahjy menyepikan diri dari menghupdate kan blog kesayangan ini... terutama masak memasak...
pelbagai ujian ALLAH SWT turunkan pada kami sekeluarga.... bertimpa2 masalahnya.. namun kami tetap redhaaaa semoga ada hikmah disebaliknya selepas ini...
biarpun kita kehilangan harta benda, tetapi yg lebih berharga adalah nyawa dan keselamatan... yg masih terpelihara dari musibah...aminnnn...(en hb kusss baru kemalangan di gua tempurong saga kusss out..5 dis lepas... 4,5 bulan lagi baru saga kembali ke KL..yg ptg en hb selamat..aminn)
semakin hujung tahun bakal kita tinggalkan semakin byk dugaan yg ilahjy tempuhi.... pelbagai masalah ...urusan keluarga telah selesai tapi masih ada kesan atau ringkas nya ..rumah dah siap pahat masih berbunyi... itupun ilahjy terima kerana semua dibuat dgn niat yg ikhlas....
apapun iktibar dari semuanya kita kena berhati2 dan sentiasa membuka mata hati dgn segala tindakan kita ambil...supaya kita tidak mudah ditipu dan sbgnya....
apaun dugaan hidup mesti diteruskan biarpun tertangguh pasti diteruskan jua.. jommm kita lihat kek dibawah ni... apa kesudahannya.. inilah pertama kali kek gulung menjadi...resepi kak wan ni amat mulus dan mudah digulung.. jommm layanzzzzz..
digulungkan pada 7 dis 2011..fuhhh menjadiiiii tahniah utk diri sendiri gulungan yg tak patah walaupun sikit..ngeh ngeh ngeh..sukanya akusss.. terima kasih K1.... lewat buat N3 sebab terlalu bz semenjak 2 menjak ni....
sapu jem jer sbb malas nak buat cream..hehehe
semasa sejukkan kek atas redai terbentuk lekukan tuuu..
sedikit hangit.. huhuuhuuu
adunan hijau sebelum dan selepas di bakar..memang gebussss lembuttt acuan 10x10x1
corak zirafah yg dibuat tanpa lakaran ..maklumlah org malas ngeh ngeh ngeh kerja nak cepat jer
bahan2:
sumber rujukan dari blog citarasawansila ke dapo k1 yg sentiasa menawan...
Bahan A:
3 biji kuning telur
15 gm gula halus
60 ml air
40 ml minyak jagung
75 gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanilla
Caranya:
pukul kuning telur dan gula sehingga berkrim.
masukkan esen,air dan minyak putar sebati.
masukkan tepung dan putar sehingga sebati.
keluarkan 2 sudu besar utk mencorak zirafah....A(*)
Bahan B:
8gm serbuk koko
1 sudu teh coklat emulco
ilahjy guna pewarna oren dan hijau
Bahan C:
3 biji putih telur
50 gm gula halus
1/4 sudu teh cream of tartar
caranya:
putar kesemua bahan sehingga bertanduk.
kaup dan balikan dgn bahan A di atas sehingga sebati.
masukkan bahan B kacau sebati.
jika guna warna mcm ilahjy sila ikut selera masing2.
seperti gambar di atas. corak warna oren dan bahan utama warna hijau.
ADUNAN CORAK ZIRAFAH:
1 biji putih telur
2 sudu teh gula halus
1 sudu teh tepung gandum
2 sudu besar adunan A (*)
caranya:
1. pukul putih telur dan gula sehingga bertanduk
2. masukkan kesemua bahan yg berbaki dan kaup balikkan sehingga sebati.
3. masukkan adunan ke dalam pipping beg dan corakkan seperti ilahjy buat.
4. bakar170 darjah selama 1 minit sahaja. keluarkan dari oven.
5. kemudian tuangkan adunan A yg berwarna hijau/coklat
6. ratakan dgn spatula dan hentakan supaya rata.
7. bakar 190 darjah selama10-14 minit.
8. angkat dan keluar dari acuan 10 x 10 x 1
9. sejukkan seketika dan keluarkan kertas terbalikan atas sekeping kertas yg baru/bersih
10. sapukan jem dsbnya, mulakan menggulung dgn cermat.
11. simpan 1jam dalam peti sejuk baru di potong.
wah..rasa cam kat taman safari lagi..hehe,,tak pernah buat kak, beli je..hehe
ReplyDeleteAssalam Ilahjy, apa khabar? ^__^ lama x jenguk sini.. Amboii cantiknya kek gulung zirafah tu..Ummi pun ada gak tengok2 kek2 kat blog kak Wan tu last week, punya la scroll...last2 yg jadi kek lapis coklat polkadot tu laaa...nnt la nk try roll pulak ni...hehhee
ReplyDeleteAssalam Ilahjy,
ReplyDeletemoga tabah dengan setiap dugaan yang dihadapi,
kreatif nampak kek tu...cantik!
salam kak illa..
ReplyDeletesihat ke?? lama tak bersiaran ingat akak tak sihat
Semoga akak dan keluarga sabar dan tabah menempuhi segala dugaan..
Allah turunkan dugaan bagi orang yang beriman utk menguji kesabaran mereka.. dan akak antara hambanya yg terpilih..
kuatkan semangat dan teruskan dgn niat yg ikhlas.. pasti akan berakhir dgn kebahagiaan..
walaubagaimanapun mmg tertarik sangat dgn kek zirafah tu.. dah lama tergoda nak buat sejak nampak kak 1 buat pas tu nampak juwita pulak buat ni kak illa pulak buat lagi lah tak sabar rasanya nak mencuba!!
Qssqlqmuqlqikum ilah,
ReplyDeletesma laa lama tak ertandang kesini.buat ilah semuga taah menghadapi ujian
,begitulaa adat hidup kan ilah,
dtg sini sebab nampak lapis zirafah yang cun.suka tengok.lama dah tengok kat umah k1 cuma kita tak de loyang cam ilah tu,,ada pun yang biasa.dah beli sok sok nak try gak.kalau buh buttercream mesti lagi sedapkan
Assallamualaikum kak Ilah..
ReplyDeleteSihat ke kak? Kak, kuar kek gulung zirafah lak dah... Rajin akak.. Balik Melaka tak kak?
2 anna
ReplyDeletejom buat mana tau anna boleh masuk dlm list bisnes..
2 ummi 2 amie 2 ita 2 naz kak asma
khabr baik..cuma ada kemalangan keta en hb dgn driver ke ipoh 5 dis lepas..keta ilah tu masuk icu bulan 4,5 thn depan baru siap..sedih la ummi keta baru 2thn beli..duit kocek sendiri pula tuu..tapi yg ptg en hb tiada kecederaan wpun keta tu out!!!!...lalai driver tuuu...
pastu semalam keta lama pula semput masuk wad hhuhuhuuu..
apapun kena redha...
Assalam kak ilah, saya pun lama tak singgah sini..baru baik demam jer kak..cuaca dah masuk musim sejuk ni bdn pun seram sejuk jer.
ReplyDeletecantik tgk kek gulung akak ni...saya lum ada keberanian lagi nk cuba buat kek gulung ni.
2 nieza
ReplyDeletesemoga nieza sihat sentiasa... lama juga kak tak demam...sejak kena tiriod ni susah nak demam...
lepas ni nieza mesti cuba kek tuuu tau.
Assalamualaikum Ilah,, pekabar mudahan-mudahan sihat,, suka bila ilah dh kembali ke dapur jgn risau2 yea masalah mmg sentiasa ada wlapun kita x cari yg penting jgn fikirkan smpai menganggu rutin harian.. insyAllah semua akn baik jka kita redha ketentuannya.. ok dh cuba zirafah nti cuba harimauuu pula hee hee :)
ReplyDelete