07 January, 2012

376. juadah PEMBUKA 2012. TALAM PISANG EMAS

SELAMAT TAHUN BARU 2012 TALAM PISANG PEMBUKA TIRAI.
SEMOGA TIDAK TERLEWAT BUAT ILAHJY MENYUCAPKANYA.
JUGA DIHARAPKAN SEMANGAT INI TERUS BERKOBAR DEMI DAPUR MAYA ILAHJY
ditalamkan hari ini 7 jan 2012 utk dibawa ke rumah biras dishah alam yg baru melahirkan anak ke 2. tahniah diatas kesabarAn kalian menunggu 15 tahun perkahwinan baru dikurniakan cahayamata.. tahniah sekali lagi kerana dah ada sepasang... tak sabar nak lihat anak buah BOY yg lahir semalam 6 jan 2012 BERAT 4 kilo..huhukhukkk semangat gituuu..
bahan:

3 1/2 cawan santan
1 1/4 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
4 biji pisang emas di mesin halus
1/2 sudu teh garam
sedikit pewarna oren

caranya:
campurkan kesemua bahan dlm periuk kecuali pisang.
kacau atas api sehingga naik wap. masukan pisang kacau seketika dan tutup api.
sapu loyang dgn minyak panaskan kukusan 5 minit.
masukan adunan tadi kukus sehingga kering dlm masa 15 mt.
cakar dgn garfu baru dituang lapisan kepala.

lapisan kepala:

3 cawan santan
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla

caranya:

campurkan kesemua bahan dalam periuk
kacau sehingga naik wap masukkan esen vanilla
tuangkan atas lapisan pisang tadi
kukus selama 20 minit.
rendam dalam air sehingga suam2 kuku boleh dipotong terus dimakan suam2..sedapppp...

6 comments:

  1. Assalam Ilahjy, Selamat Tahun Baru ye...sori lambat sikit wish.. Sedap tengok kuih talam pisang tuh...pisang emas lak, lg laaa sedap.. lama dah x menalam...maless jek...hehe

    ReplyDelete
  2. Selamat petang Ilahjy and Selamat Tahun Baru 2012,
    cantik kejadian kuih talam pisang tu...lembut je warnanya!

    ReplyDelete
  3. Slmt Thn Baru gak wat akak sekeluarga..meh bagi yatie rasa talam pisang akak ni..aritu wat gak talam pisang ni..mmng sedapkan..

    ReplyDelete
  4. 2 ummi
    lom lewat lagi ummi...
    kalu males suruh anak dara masakan..wah mengancam kerja tngan anak2 ummi..tahniah mana tumpah kuah kalu tak ke mejaaaaa...hehehe

    2amie
    selamat..... semoga kita semua sihat dan selamt di tahun 2012 ni..

    2 yatie
    resepi ni sama kat dapo yatie kan?

    ReplyDelete
  5. Selamat tahun baru Kak...lamanya kita tak jalan jalan..sibuk sikit..nampak talam pisang akak cantik dan licin jer..lagi satu..cantik sudu tu..hehehe

    ReplyDelete
  6. naz...emmm lama tak bual kita ni..bila kita pula nak jumpa selepas kak nor kamu? sudu mmg la cantek sbb tu tayang ..hahahahaa

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini