http://ilahmasakanku.blogspot.com SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA. SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG. ***ilah1908@gmail.com*** jika ingkar boleh dikenakan tindakan.terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemiliknya.
26 February, 2012
386. IKAN MAYONG ASAM PEDAS BERAPI
sebelum balik ke MELAKA pada petang jumaat lepas sempat juga ilahjy masak utk ditinggalkan buat en hb dan najihah dan nur liyana yg tak ikut balik.
ikan mayong kecik2 ni dibeli di kedai ikan rakyat kat setiawangsa.. 3 ekor baru 7 rm jer..
sebenarnya en hb amat sibuk diawal tahun ni byk kerja dia kena sudahkan kena pula mengadap panglima bagi kerja2 dimuktamadkan...
jadi bila bapa en hb diusia 87 ni dah semakin uzur dan sentiasa keluar masuk sepital.. maka ilahjy amek kesempatan dgn badan yg sihat ni utk balik ke melaka dgn shafiqah(2) dan raihan (3) sahaja... dlm hujan yg lebat kami ber3 meredah dgn iringan doa en hb dan keluarga di kampung... alhamdullillah jam 4 bertolak sampai kg pulai jam 7.30 malam... siap merempit pula tu ilahjy dlm hujan tuuu... selalu tu ilahjy takut dgn hujan sebab cermin kurang jelas... tapi bila en hb tak de berani la pulaaa hahhaaa... hari sabtu petang setelah kerja2 dikebun selesai ..tanam 2 anak pokok lagi, sementara dah balik... 2 anak pokok buah yg ditanam 3 minggu lepas dah mati iaitu pokok pelam gajah dan nangka madu.. apa nak buat cuma harap hujan yg siram... nasib baik 18 anak pokok buah yg lain hidup...kesemua benih2 ilahjy hidupkan sendiri tanpa beli di pasar.
apapun moh kita tengok resepi asam pedah ikan mayong ni... en hb makan masa lepas pulang solat jumaat..dia kata pedas berapi.. dah lama kami tak makan pedas..kali ni ilahjy terasa nak tambah pedas.. maka itulah hasilnya.. meleleh peluh dibuatnya...
bahan:
1 ekor ikan mayong sederhana besar
5 sudu besar cili mesin
1 sudu besar serbuk kari ikan
6,7 biji cili padi
5,6 biji lada hitam
1/2 sudu teh halba
1 sudu besar jintan manis
1 inci halia
1 inci kunyit
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1/2 kuntum bunga kantan potong tebal
1 sudu besar asam jawa
bendi
caranya:
mesin kesemua bahan sehingga halus.
tumis sehingga pecah minyak.
masukkan air asam jawa secukup masam.garam secukup rasa.
setelah mendidih masukkan ikan dan bunga kantan.
setelah ikan empuk masukkan bendi yg dipotong dua kacau sebentar tutup api .
ketuk serai utk sedapkan lagi kuah..
2 comments:
terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini
Assalam kak illah, berani juga akk ni merempit dlm hujan, bila dh berani drive jauh2 ok je kan kak jauh pun.
ReplyDeleteAsam pedas berapi huhu saya baca pun rasa berpeluh2 pedasnya heheh, mesti sedap asam pedas org melaka ni
Kak illah... akak ni mengganggu jiwa dan kalbu Naz tau dgn lauk akak ni..Terliur ni kak..
ReplyDelete