05 July, 2012

413. TAUHU LEMBUT KUKUS kussss

tauhu lembut kukus untuk berbuka 5 julai 2012
udang masak lemas nenas

Salam sejahtera saudara2 kusss yg sedang berpuasa sunat nisfu syaaban...
tahniah buat kalian. sedih kerana ilah jy tak dapat menunaikan ibadah ini.. cuma en hb jer yg berkesempatan..
maka untuk juadah berbuka nanti ilahjy sediakan awal2 kerana pada jam 2 petang ini kena bermain boling bagi pemilihan peringkat BAKAT DARAT.... BALIK nanti belum tentu badan ini akan cergas....

mari kita kongsi bersama resepi tauhu lembut kukus ini...

bahan:

2 keping tauhu lembut

letak dalam pinggan dan kukus sehingga 10 minit.

bahan untuk dimesin:

1/4 cawan udang kering
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil cili mesin
1/2 labu bawang besar


caranya:

mesin kesemua bahan di atas tanpa air.
panaskan minyak secukupnya.\
goreng sehingga wangi kemudian masukkan 1/4 cawan air.
setelah mendidih masukan / tuangkan ke atas tauhu yang sedang dikukus tadi. taburkan bahan2 hiasan. kukus selama 10 minit lagi dan sedia utk dimakan..

bahan untuk hiasan:

parutan lobak merah
daun bawang

selamat mencuba resepi ciptaan ilahjy ini...

1 comment:

  1. atas menu sihat.. bawah menu kolesterol... diet yg seimbang.. hehehe... sedappppppp!!

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini