26 July, 2012

426. IFTAR KE 4 APAM GULA HANGUS DAN ROTI SARDIN

alhamdulillah hari ini sudah pun masuk hari ke 6 kita berpuasa.. harap maaf menu iftar ke 4 pula yang dimasukkan sepatutnya iftar ke 5.. seperti ilahjy maklum kan semalam. B.B celcom rosak.. maka tertangguh 2 hari N3 berkenaan ini...

sebenarnya menu untuk berbuka hari ke 4 itu ilahjy buat 2 jenis kuih. apam gula hangus dan roti sardin anak2 tak suka makan kuih manis2 ni jadi buat sejenis utk mereka yang pedas... tapi dalam jumlah yang sedikit. takut membazir...


inilah acuan yang ilahjy guna... acuan tart.... selalu guna acuan plastik


ini pula roti poket dan roti sardin, hasil pertama kali ilahjy buat roti poket tak berapa kemas...
gelek roti lapiskan 2 keping kemudian tekap dgn acuan. sapu merah telur dan serbuk roti goreng sehingga kekuningan. tos. potong 2 dan isikan dgn inti sardin..


APAM GULA HANGUS VERSI ILAHJY (HALUS MULUS)

Bahan:

5 biji telur
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda baikabonat
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
3 sudu besar susu pekat

bahan gula hangus

1 cawan gula
1 cawan air

panaskan gula sehingga perang masukkkan air kacau sehingga mendidih dan hancur . sejukkan .

caranya:

campurkan kesemua bahan diatas dalam blender .. kisar sehingga halus. perap 1-2 jam lagi lama lagi halus mulus.. sapu acuan dengan marjerin. kukus selama 20 minit.

3 comments:

  1. mas suka apam gula hangus...
    lama dah tak buat...
    gebuuu jerk apam gula hangus akak tu..

    ReplyDelete
  2. salam kak... nmpk gebu montoks2 apam akak... nih darwish mesti suka.. bab apam mmg laju ajer...

    ReplyDelete
  3. saya dah cuba memang gebu dan halus mulus. Ez to follow and hasil yang sungguh memuaskan. Tq for sharing

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini