TERSEBUTLAH KISAH ILAHJY MEMULA NAK MEREKA CIPTA RESEPI LAKSA INI.
ilahjy masih teringat lagi kisah-kisah duka lara ketika mana ilahjy nak makan laksa beras buatan sendiri. ketika itu ilahjy berada di tingkatan 2 di alor star dulu tahun 1980 ketika itu.
arwah datuk ilah jy suruh ilahjy belajar buat laksa .. tapi dengan siapa??? ketika itu APA JUGA resepi2 AKAN disimpan RAPAT OLEH PEMILIKNYA (KEDEKUT ILMU KATA ORG DOLU2) maaflah ilahjy tak bermaksud nak umpat ya.. tapi itulah hakikat.. ilahjy pernah minta resepi laksa ini dari seseorang..tapi dia tipu ilahjy sekali buat habis kesemua tepung putus dalam air.. huhuhuu sedihnya.... tutup sat ceta lama..
pada satu hari ilahjy mendapat idea dari arwah datuk hj man. wan suruh buat KANJI dulu baru diadun tepung.. maka ilahjy pun mereka cipta resepi laksa ini dgn cara tersendri. ilahjy panaskan air setelah mendidh baru dimasukkan tepung dan diuli panas2 dengan senduk kayu. kemudian dicampurkan tepung seterusnya sehingga boleh dibentuk dan ditekan dlam acuan.
ALHAMDULILLAH menjadi... apa lagi arwah datuk dan nenek tersenyum lebar bila cucu mereka dapat menghasilkan LAKSA BERAS BUATAN SENDIRI
KETIKA itu ilah jy baru berusia 14 tahun. maka saban minggu arwah tok munah dan wan man pasti suruh ilahjy buat laksa ini dan orang kedah pasti tak boleh hidup tanpa laksa. terutama laksa beras.
dari hari itu kami tidak pernah lagi membeli laksa paket.
setelah sekian lama ilahjy tinggalkan resepi itu ..maka hari ini ilahjy dengan semangat baru nak menghidupkan kembali ciptaan ku ini.. alhmdllah menjadi
ingin ilahjy berkongsi bersama kalian dan juga anak2 dara ilahjy supaya tak pupus ditelan zaman. semoga perkongsian ilmu ini tidak menjadi sepertimana ilahjy ketika mula belajar dulu. semoga kalian berhasil membuatnya.
bentukan adunan kecil-kecil supaya sekali tekan utk sekali rebus. kalu banyak2 nanti laksa tidak cantik
bila laksa timbul toskan dan terus dimasukkan ke dlam air sejuk dalam 2 minit.utk membuang kanjinya.
toskan utk kali ke 2 dan sedia utk dimakan
RESEPI LAKSA ILAHJY
bahan:
1 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung gandum
3/4 cawan air panas
1 cawan tepung beras secukupnya sampai boleh dibentuk
caranya:
1.ayak tepung dalam bekas
2.masukkan air panas kacau guna senduk kayu sehingga sebati
3.masukkan tepung beras dan uli sehingga sebati sehingga menjadi doh seperti karipap
tetapi doh ini lembut sedikit dari karipap.
4.bentukan kecil-kecil seperti diatas masukkan ke dalam acuan yg ditabur sedikit tepung di dalamnya
5.tekankan adunan ke dalam periuk air panas yg sedang mendidih.
6.biarkan 3 minit baru di kacau dengan amat perlahan supaya laksa tidak putus.
7.toskan kemudian terus dimasukkan ke dalam air sejuk dan toskan utk kali ke 2
sedia untuk dimakan.
selamat mencuba resepi ciptaan ilahjy seusia 14 tahun. semoga mendapat berkat aminnn... ilmu yg dikongsi tidak pernah luntur selagi ia digunapakai..
********************
Update ramadan 13 , pada 22 julai 2013.
http://hudaahsin.blogspot.com/2013/07/laksa-beras.html?showComment=1374503826417#c1788412442885303417
Inilah satu2nya respon dari pengunjung RSJY terima kasih kerana mencuba resepi ciptaan ku ini.. penghargaan buat puan huda.
Sila ke blog beliau utk lihat hasilnya.
Ketika mula ilahjy belajar dan praktikan mmg tekan dlm air mendidih..itulah hakikatnya, sbb ditakuti laksa putus ...... tapi dlm kadar yg mampu kita tahan panas. Betul juga catitan puan huda, kalu mendidih bole mencederakan tangan, mungkin kesilapan ilahjy sendiri nak terang secara ringkas agaknya... kesian puan huda sehingga cedera... oleh itu hati2 ya ...huhuhu.. harap maklum.
salam Ilah
ReplyDeletewah rajinnya buat laksa sendiri,kak noor tak pernah buat pun sendiri lagu ni selalu beli ja balik rebus haha tabik spring yg panjang lah utk Ilah haha
wahhh terror ni, boleh jd tokey laksa gini :)
ReplyDeleterajinnya kak Ilah buat laksa sendiri, cantik plk tu kejadiannya...leh wat bisnes ni....
ReplyDeletesalam..ilah
ReplyDeletesalam...akak ni suka sangat makan laksa..nk buat tapi acuan xdah..kena mana nk beli acuan cam ilah ni???
ReplyDeletesalam nor arbiwati
ReplyDeleteboleh beli kat kedai pinggan manggkuk..terutama di kelantan byk jual ia dari tembaga..
Zana pn suka mkn laksa biarpn zana bkn asal dr utara.. tapi x pernah wat laksa sendiri.. biasa beli yg dlm paket.. tkasih kak kerana berkongsi ilmu..
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteSalam perkenalan. Saya dah mencuba resepi Ilah dan Alhamdulillah menjadi dengan cantik. Insyaa Allah akan share dalam blog saya di masa terdekat (dengan sedikit perubahan). Harap tak keberatan. Terima kasih..
Terima kasih banyak..halalkan ya...saya buat alhamdulillah terus jadi
ReplyDelete