RESEPI KEK PUDING FANTA OLAHAN ILAHJY
BAHAN KEK SPAN:
150 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
6 biji telur c
100 gm gula halus
1 sudu besar ovellete
50 ml susu cair
1/2 sudu teh perisa pisang
1 sudu besar oren sunquick
50 ml minyak masak
beberapa titis sudu teh pewarna oren
caranya:
satukan kesemua bahan kecuali minyak.
putar sehingga berkrim selama 15 minit.
masukkan minyak gaul guna spatula sehingga sebati.
sapu loyang dgn merjerin dan tepung, masukkan adunan
bakar 170 darjah selama 30 minit.
keluarkan dan sejukan. belah dua
masukann puding ke dalam loyang kemudian kek kemudian puding dan kek dan akhirnya puding
hentakkan perlahan-lahan dan sejukan di dalam peti sejuk semalaman.
BAHAN PUDING FANTA : OLAHAN ILAHJY:
1200 ml santan
1 cawan gula halus
10 gm serbuk agar2
100 gm tepung hoen kwe /1 paket
secubit garam
1 sudu teh perisa pisang
2 sudu besar oren sunquick
1/2 sudu teh pewarna oren dan 1/4 sudu teh pewarna kuning
caranya:
campurkan kesemua bahan dan kacau sebati.
panaskan atas api sederhan sehingga berkilat dan bolehlah digunakan terus.
salam Ilah
ReplyDeletenampak sedap saja puding tu oren lagi kak noor jarang buat puding sbb anak2 jarang minta hahaa kena tunggu request baru rajin nk masak apa2, boleh lah minta yg ilah punya ni sikit..
assalamualaikum kak ilah..
ReplyDeletepandai betul kak ilah ni.. ada2 saja idea kreatif akak.. hehe... tentu sedapkan rasa yg lain dari yang lain..
Salam Ilahjy, rajinnya dia buat kek. Kita tumpang telan air lior je..huhu..nmpk sedap sgt tu.
ReplyDelete