Salam isnin buat semua pengunjung2 RSJY. selamat berpuasa buat kalian yg berpuasa sunat hari ni. ilahjy tak kesampaian disebabkan tekak masih perit. pagi ini ingin ke farmasi untuk beli ubatsakit tekak. makan pedas2 pasti pedih. harap2 akan sembuh ..dan dapat berpuasa bayar selepas ni..
beberapa hari ni dalam FB dan blog dihujani dan dijangkiti virus topping coklat yg meleleh dari dapo maya sahabat kita NOR SECUBIT GARAM.. ramai dah mencuba. ilah jy pasti telah mencuba..tetapi ilahjy cuba membuat kek span resepi nor
KEK CHEESE BERSALJI yg lembut gebuss tuu dan digandingkan dgn sos/ganache nor dari resepi
KEK COKLAT KUKUS..disebab anak sulung telah pun membawa balik ke rumah kek coklat seperti nor buat..ilah terpaksa ubah kek coklat kukus jadi kek span dan gabungkan pula dgn ganache tuu dan disapu juga blueberry jem dan diberi inti tengahnya ... ganache tu memang sedap... tak keras meleket jer hehe
.. ilahjy tak tambah air panas sebab dah cukup cair dah. mungkin 1 masa nanti ilahjy tambah air panas pula..
apa pun terima kasih nor secubit garam nun di terengganu kiteee..nor telah mencubit hati kusss utk mencuba 2 resepi sekali gus..dua2 boleh rasa.hehehe ok tak nor???untung dua2 dpt makan.
sila klik sini utk resepi kek span
abaikan pelakun tambahan si oren tu yee..nak kasi gambar terang jer tuuu
http://www.secubitgaramnor67.com/2013/02/kek-coklat-kukus-dgn-topping-yg-meleleh.html
sila klik sini utk resepi sosnya. ilahjy tak tambah air panas.
kaedah double boil
masukkan jem blue berry kedalam pipping beg dan bulatkan seperti dalam gmbr dan tutup kembali jem dgn adunan jangan sampai penuh ya.. 1/3 jer dari bekas.
adunan hendaklah seperti ini baru boleh digunakan.
mohon izin ilahjy kopi dan pasta resepi disini ya nor..muahhhh!!!
Bahan2:
UNTUK KEK:
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) ~ k.nor guna tpg gandum biasa
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dr peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2.
Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali
masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C.
CHOCOLATE GANACHE
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
300 gm coklat masakan
~ dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
~ ~ ~
1/4 cawan air panas
Cara:
Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler.
Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair.
Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair.
Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek.
Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek.
Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas.
Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi.
Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.
Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas..
* mmg agak banyak ganache yg dihasilkan sbb nak kena siram 2x atas kek tu nanti utk menghasilkan kek yg super duper moist ^__^
Read more:
http://www.secubitgaramnor67.com/#ixzz2LHOgaHyr
dtg nak amik 2 bj nih.. hehe mekasih sudi menerai resipi dr dapur maya nun :)
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak...emmmmm seronoknya..sekali menerai..2 versi sekali gusssss
ReplyDelete