16 February, 2013

475. CAPATI DAN PURI cara ilahjy

DUA  SEKAWAN  SIRAM   BERSAMA
puri  ini  ilahjy  guna  2  bahan  gabungan bersama iaitu  lebihan  tepung  ata dgn  tepung  gandum, campur  susu air  panas  dan  baking  powder, garam

semasa  bakar capati  sila  tekan2  dgn  tuala  basah  atau tisu  basah utk  kembungkannya
 dua2 bahan  di gelek  nipis dan  tutup  dgn  tuala supaya  tak  kering dan  diperap  seketika

BAHAN  UNTUK  CAPATI  CARA  ILAHJY: sukatan  main  agak2 ..

2 cawan  tepung  ata 
2  sudu  besar  minyak  sapi
sedikit  garam
1/2 cawan   air  suam (sila  tambah  jika  adunan  keras)

CARANYA:
ayak  tepung  ata, masukkan  garam dan  minyak  sapi  gaul  rata jadi  serbuk  roti.
tambah  air  suam uli  sehingga  sebati.  lembut  sedikit  dari  adunan  karipap.
bulatkan dan  gelekkan bersama  taburan  tepung  ata supaya  adunan  tidak melekat.
ketebalannya sederhana  nipis  mcm  buat karipap.
tutup  dengan  tuala  lembab dan  perap  sebentar.
panaskan  kuali  tanpa  minyak  bakar  dengan  cara  menekan tuala  lembab  keatas  permukaannnya supaya  ia  kembung dan sehingga  keperangan.
semasa  hendak  makan  tepuk  capati dengan  tangan  supaya  ia  lembut. 

BAHAN  UNTUK  PURI  CARA  ILAHJY lebihan  tepung  ata capati tadi,
sukatan  agak2 juga

1/2  cawan  tepung  ata
1  cawan  tepung  gandum
1/2 sudu  teh  serbuk  penaik
1/2 sudu  teh  garam
1/4  cawan  susu  cair
1/4 cawan  air  panas

CARANYA:

Campurkan  kesemua  bahan uli  sehingga  lembut
lembut  sedikit  daripada  adunan  karipap. bulatkan  dan   gelek senipis  karipap
panaskan  minyak  sebanyak  mungkin. bila  minyak  betul2  panas
baru  dimasukkan  kepingan  puri  satu  persatu.  sila  taburkan  minyak  ke  atas
 puri  semasa  mengoreng  supaya  ia  kembung  sekata  macam  dalam  gambar.

kedua dua  makanan  ini  enak  dimakan  dgn  kari  atau  dalca 


No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini