bahan pulut: sukatan anggaran ilahjy:
1 cawan pulut(loyang paling kecil) rendam semalaman
1/4 kotak santan dan air dicampur mencukupi separas pulut
secukup garam
caranya:
1.kukus sehingga masak, hendaklah dikacau.
2.angkat pulut, masukkan ke dalam bekas lain campurkan 1 sudu besar minyak masak.
3. alaskan loyang dengna plastik dan tekankan pulut kembali. dan kukus semula.
bahan sagu:
1/2 cawan sagu direndam bersama pewarna pink dlm 15 minit supaya kembang dan toskan
1/4 cawan santan kotak (jgn terlalu byk setakat merata sagu saja)
sedikit garam
caranya:
setelah toskan sagu campurkan kesemua bahan tadi sehingga sebati.
tuangkan ke atas lapisan pulut dan ratakan keseluruhan pulut,
kukus sehingga bertukar jernih.
bahan coklat: (sila guna cawan kecil dari cawan pulut.)
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan tepung gandum
4 cawan santan cair
1/2 cawan susu cair
3 biji telur
1 1/4 cawan gula pasir
garam
2 sudu minyak masak
caranya:
campurkan kesemua bahan kacau sebati.
panaskan sehingga naik wap tuangkan ke atas sagu tadi.
dan kukus selama 25 minit
sendengkan loyang setelah masak supaya air wap keluar.
sejuk boleh dipotong.
Assalamualaikum Kak Ilah,
ReplyDeletecantiknya kuih akak ni, menarik sangat warnanya...kalau dpt rasa, alangkah bahagianya....tngk bahan2 pun dah tau mmng sedap..best tu gabungan pulut dan sagu...perghhhh terliur abes ni...
Menarik ni kak Ilah...resepi tersendiri yang memang ada kelass
ReplyDeletesalam kak ilah...sweetnyerr name n kejadian pulut tuh....pulut dan sagu..mesti sejuk je anak tekak nak makan...nice!
ReplyDelete2 dek yatie
ReplyDeletekalu dekat pasti kita akan bentangkan sapra kat meja bawah pokok makan sama2 kak ingt umah yatie..best...aman damai...
2 lina pg terima kasih..
2 nik ja..betul tuu mmg sejuk dna lembut jer masuk tekak hehe