Alkisah...dah lama tak kisah hehehe sebab tuu jadi macam ni..tapi sedap lah juga untuk tekak kami sekeluarga bertambah nasi..cakap sibongsu mama sedap la lauk2 simple macam ni...
dek kepenatan balik dari melaka..belum sempat keluar ke pasar utk membeli stok makanan basah. lauk2 lain ada..sayuran jer kehabisan. tak tau nak buat lagu mana..tup tup teringat resepi yg lama dah tak masak. jelatah ke ni? hentam jer la..sepatutnya dimakan dengan nasi luar biasa, nasi tomato ke nasi minyak ker dll..tapi sedap juga dikawenkan dgn nasi putih ...ilahjy suka potong lebar2 sayur ni agar makan terasa masa dikunyah.
bahan:
1 batang timun dipotong tebal dan panjang buang pulur tengah
1 batang lobak pun dipotong sama lebar
1/2 sudu teh biji sawi
sedikit lada hitam jika suka
2 sudu besar serbuk kari ikan
2 sudu besar ikan bilis dimesin kasar bersama sedikit air
1 biji bawang besar dibaji
5,6 biji bawang putih dibelah dua
sos cili,sos tomato, sedikit kicap
garam,gula,cili merah dan cili hijau sebagai hiasan jika suka
sedikit bawang besar dan bawang putih dimayang
ilahjy tak guna cuka sbb sos2 dah masam. jika suka masukkan sedikit
caranya :
1. tumis bawang2 dan biji sawi sehingga wangi masukkan serbuk kari dan sedikit air
2. setelah pecah minyak masukkan ikan bilis bersama sayuran. setelah mendidih, masukkan semua bahan2 yg tinggal. masak sehingga separuh empuk padam api.
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini