siapa tahu nama POKOK KELO dan POKOK MUNGGAI..adalah pokok yang sama.
cuma nama saja berbeza bagi utara dan selatan tak tau pula belah sarawak dan sabah apa nama.
sapa yang sakit urat jangan makan kacang ni.. akan berangin satu badan. kalu yang tahan ok la. sudah berbelas tahun ilahjy tak makan .sebab takut sejuk. tapi semalam semasa pergi cari benih pokok ni utk ditanam dikebun nanti..ilah jy dapat beli benih dan 2,3 batang yg muda.. harap2 benih akan hidup sebab masih tua belum kering masa petik semalam..
tahukah kalian GULAI LEMAK?
MACAM MASAK LEMAK TAPI GUNA KARI.jom tengok resepi cara ilahjy
bahan;
10 ekor udang kertas saiz besar
3 batang kacang kelo/munggai dibuang kulit dan kikis habis kulit hijau potong pendek
1 sudu besar serbuk kari ikan
1 cawan santan pekat
3 biiji cili besar
1/2 inci halia (buang angin)
sedikit kunyit hidup
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
garam secukup rasa
caranya:
1.mesin kesemua bahan sehingga halus panaskan dalam kuali sehingga kering sedikit
2. masukkan kacang mungai dan sedikit air masak sehingga empuk
3. masukkan udang dan pati santan masak sehingga mendidih dan sedia utk dimakan
sedapnyer kak!
ReplyDeletesy tak pernah masak kacang kelo atau munggai tu.. tp pernahla mkn yg org lain masak.. suka jugak... sedut2 pastu kulitnya kena buang.. ehehehe... jarang nampak jual kat kedai.. mungkin kat pasar besar / pasar mlm adalah kot... sy ni jarang gi pasar... beli lauk pun husband yg beli.. kalau sy beli pun beli kat kedai runcit je..
Kalau udang, dimasak apa pun sedap. Kalau masak lemak, kuah pun rasa sedap
ReplyDeletesungguh menyelerakan, yatie suka kcng kelo ni tapi tak pernah masak sendiri...sebelum ni makan pun sbb jiran malbari dulu pernah bagi..mmng sedap di masak gulai/kari....
ReplyDelete2 ratna...ermm mmg kena sedut2 isi dia..sedap kalu dpt yg muda.kak dpt yg keras sikit..tak mengancam laa.. ooo abg langsung tka reti beli ikan..kalu beli ada jer tka kena hehe..
ReplyDelete2 azie betul tu azie
2 yatie jiran malbari? org mana tu yatie..hehe