25 March, 2013

494. KEK KOKO LAPIS KUKUS CREAM CHEESE

 SALAM  HARI  ISNIN  SEMOGA  KITA DIPERMUDAHKAN  SEGALA  URUSAN  BUAT  HARI INI  DAN  SETERUSNYA..  SEMOGA  KITA  MENJADI  INSAN  YG  KEBAL  DGN  SEGALA  CABARAN.  AMINNNN..
alkisahnya..  sejak  tahun  lepas  lagi  ilahjy  sudahpun menyimpan  resepi   ini  dari  dapo  maya  YATIE  MEMORIES..SINAR  KEHIDUPAN...SIMPAN punya  simpan  akhirnya  oktober  2013  ilahjy  sampai juga  ke rumah  YATIE..  kerana  konvokesyen  anak  ke  2  ilah jy, di  UTM  skudai.. semasa  menyamu selera di  rumah  yatie ilahjy  dihidangkan  dgn  kek  ini..baru  lah  dpt  rasa..nak  buat2  tertangguh2...
akhirnya  malam  tadi  setelah  beberapa  bulan  barulah  ilahjy  dapat  mengukus  kek  ini  dgn  cemerlang  sekali.. setelah disejukan  semalaman pagi  tadi  barulah  dipotong memang  mabeleeessss  hasilnya.. jom  layan  resepi  yang  ilahjy  telah  kopi  dan  pasta  dari  dapo  yatie..terima  kasih  kerana  perkongsian  ini 



sumber  rujukan dari yatie  memories... penghargaan  buat mu  dek   http://yatiememories.blogspot.com/search?q=KEK+LAPIS++KUKUS+CREAM++CHEESE


 MINTA  IZIN  YATIE  KAK  ILAH  KOPI  DAN  PASTA  RESEPI  KE  DAPO  KAK ...sila  klik  di  link  atas  utk  ke  resepi  yatie yaaa...

Kek Lapis Kukus Cream Cheese (loyang 8x8x3inci)

BAHAN A
  • 250 gm cream cheese
  • 60 gm gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar air
  • 1 sudu besar tpng gandum
Cara-cara
  1. Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.
  2. Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.
  3. Biarkan sebentar.
BAHAN B (KEK)
  • 2 biji telur
  • 1 cwn gula halus
  • 1 sk vanilla
  • sedikit garam
  • 1/2 cwn air panas didih
  • 1/2 cwn cwn susu segar/cair
  • 1/2 cwn minyak jagung/masak
  • 1 cwn tpng gandum*
  • 3 sudu besar sebuk koko*
  • 1 sudu kecil baking soda*
  • 1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)
Cara-cara
  1. Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.
  2. Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.
  3. Masukkan air panas,susu dan minyak.
  4. Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.
  5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.
CARA MEMASAK.
  1. Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.
  2. Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.
  3. Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.
  4. Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.
  5. Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.
  6. Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.

5 comments:

  1. assalam kak....nak tnyabla air yg dperlukan utk bahan A tu air biasa ke air sejuk dr peti ais??harap dpt reply dgn segera...kadar xcited nk buat ni membuak2....

    ReplyDelete
  2. kepada tak de nama tuuu..ahaksss air biasa jer dekkk

    gee....kasi alamat kak poskan kekeke

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kak Ilah,
    arini pun Yatie buat kek ni gara2 tergoda tngk kek akak ni, lagi pun dah lama tak buat...cuti sekolah ni mmng kenalah buat kek...lagipun ada yg makan..kalau sklh kurang sikit kek2 ni...tq sudi mencuba dan kena dngn selera akak...cantik lapisan kek akak tu...

    ReplyDelete
  4. Mamamia cun ler kek ni - senyumsokmo

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini