24 April, 2013

500. KHASIAT DAUN ANGGUR

Daun anggur ini ilahjy petik tepi pagar kem. tumbuh Segar Selepas Beberapa Bulan Ia Diberihkan. Ia ditanam Oleh Org Awam Dato keramat. 
Bukan Main Menjadi2 Daunnya Sebelum Ini TAPI ilahjy tak tau apa Khasiatnya. Bila Terbaca Dlm Fb SUZANA hari ini Ilahjy Telah Petik Dan Akan Mencuba Memasak Daun Anggur Ini.. Nanti  ilahjy  Paparkan Apakah Resepinya...
Dibawah Juga Ilahjy Kongsikan Info Pasal Daun Anggur Dar Fb SUZANA T.kasih Ya Zana. Semoga menjadi  Panduan Utk Kita Semua.


Hari ni...jom kita bicara khasiat daun anggur. Bukan saja buahnya...malah daunnya juga penuh dengan khasiat. Makan buah anggur bagi rakyat Malaysia adalah perkara biasa kerana kita mudah dapat di kedai-kedai buah dan pasaraya...Tapi, untuk makan daun anggur...sudah tentu ada di antara kita yang berasa agak pelik kecuali yang biasa memakannya. Perkara ini tidak menghairankan...sebab daun anggur sudah tentu bukan makanan ruji kita. Tetapi, ianya adalah makanan ruji bagi penduduk di negara-negara Mediterranean, Greece, Bosnia, negara Timur Tengah dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya...:)Okay...kita terus ke topik yang ingin saya kongsi di sini iaitu : KHASIAT DAUN ANGGUR , secara ringkas...antaranya ;

Seperti sayur-sayuran yang lain sudah tentu daun anggur rendah kalorinya dan juga rendah kandungan lemak tepu ( saturated fat ), kolesterol dan sodium.Samada diambil mentah atau dimasak...ia adalah sumber serat yang baik. Daun anggur mengandungi antaranya vitamin A , C , E , K , B2 ( Riboflavin ), B6 , B3 ( Niacin), B9 ( Folate ). Selain itu ia juga mengandungi Omega-3 fatty acids dan Omega-6 fatty acids. Juga...kandungan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh manusia seperti Kalsium, Magnesium,Copper dan Manganese.
Dengan segala kebaikan yang terkandung di dalam daun anggur itu...maka tidak syak lagi bahawa ianya sangat baik untuk kesihatan terutama untuk mengurangkan risiko serangan sakit jantung, mengawal tahap kolesterol dalam darah,anti-oxidant bagi mencegah kanser, mengawal berat badan, dan lain-lain lagi....boleh Google untuk dapat maklumat terperinci tentang khasiat daun anggur ni dari segi kesihatan...:)
Malah di dalam Al-Quran juga Allah menyebut beberapa kali tentang pokok buah-buahan ciptaanNya yang memberi kebaikan kepada umat manusia, yang antaranya adalah pohon anggur...yang disebut di dalam salah satu surah :

”Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.” ( An Nahl: 11)

Oleh itu...sebagai manusia yang dikurniakan Allah swt dengan akal, mari kita fikir-fikirkan bersama akan nikmat yang Allah swt kurniakan di depan mata kita...dan sama-sama lah kita manfaatkan ia sebaik mungkin...kerana kita disarankan untuk memakan segala yang baik....

2 comments:

  1. aduhla bestnyer kak petik tp pagar je dh mcm duk kt obersea je tau, mmg tumbuh subur ke pokok anggur tuh kak... cam best je... adik dana penah tnm tp tumbuh segan betul

    ReplyDelete
  2. Pokok tu ditanam oleh org awam.. pokok tu menjalar ke pagar kem kami... berbuah sakan. Tapi pihak kami bersihksn sbb prinsip kami kemas dan bersih Jadi Mangsa Laa Kena Kemaskan..baru Jer Menjalar Kembali Daun2nya..hari Ni Hbis Laa Depa Nk Bt Gotong royong

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini