Salam hari sabtu salam berhujung minggu.
Alkisah kuih lapis ni ilahjy buat petang semalam. Ia adalah gabungan 2 idea.
Permata adalah ilham ciptaan RATU TALAM kita iaitu YATIE MEMORIES SINAR KEHIDUPANKU. Selera kami berdua sama dalam hidangan Kuih2 Kukus Talam Ni.
Sementara Resepi Kuih Lapis Ilahjy Amek Dari Dapo REEN KHAN.
Terima Kasih Kepasa Dua Org Sahabat Ku Itu.
Ilahjy Cadangkan Kuih Ini amat Sesuai Jadi Hidangan Masa Kenduri Kawen. Kerana Ia Tahan Lasak. Manis2 Buah. Kuih Ini mudah Dipegang Sebab Dia Tak Gedik Mcm Kuih Lapis Yg Biasa Ilah Buat. Ia Kenyal.. Bila Ditekan Antara Dua Jari Selepas Dipotong Ia Akan Kembali Ke Bentuk Asal. Manis2 Buah rasanya.
Apa Pun Jom Layan Resepinya.
Anak Dara llahjy Cakap Macam Demam Campak Jer Rupanya Cikenpox Tuuu Hahaha
Tapi Ada Seni Tersendiri
bahan2nya:
4 Cawan Tepung beras ( 3 Mungkin Lembut sikit )
1 Cawan Tepung gandum
1 Cawan Tepung Jagung
1 1/2 Cawan Gula
6 Cawan Santan
250 Gm Sagu besar Beli Yang Siap Kembang
Caranya:
Campurkan Kesemua Bahan Kacau Sebati Dan Tapis.
Panaskan Kukusan. Sapu Minyak Pada Loyang. Panaskan Loyang Sebentar.
Tuangkan Lapisan Merah Kukus 5 Minit.
Tuangkan Lapisan Putih Dan Aturkan Sagu Dan kukus 5 Minit
Tuangkan lapisan Merah Dan Sehingga Habis.
Akhir Sekali Kukus Selama 20 Minit.
Sejukan Baru Dipotong.
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini