http://yatiememories.blogspot.com/2013/05/carrot-apple-cake.html
Kek Ini Adalah Adaptasi Dari resepi Dari Yatie Memories.
Terjaga Awal 4 Pagi, terus Buka Blog, Nampak Yatie Pamirkan Kek Carot Apple.
Terus screenShot Resepi kat Galaxy tab Ni Dan tak perlu Lagi Print2 Resepi Mcm Selalu. Wah Mudahnya Dunia Samsung Nie.. Semua Boleh.
Jam 12 Tghari,nBawa Galaxy ni Ke Dapo On Kan Skrin Terus Sediakan Bahan2 Kek Ini.
Alamakkkk Carot Tak De Stok... Apple Lagi Laaa Kurang Makan Kat Umah nie..
Semalam pergi Eon Big Wangsa Maju Ada Beli Labu Cinoni..
Apa Lagi Terus Kukus Si Labu.. Labiiiiiiiii...jadi Ke Kalau Aku Ganti Carot Dgn Labuuu?... JAWAB LABI HENTAM SAJALAH LABUUUUU....
Maka Jampuk Ci Luncai...biarkan..biarkan...ooopppssss Teruskan Teruskan..
Alhamdulillah Keputusan Amat Memuaskan Hati Anak2.
Masa Nak Deco2 Teringat Pula Si Bongsu NUR LIYANA punya Birthday Esok 5 Mei 2013. Apalagi Mama Terus Picitkan Tulisan Wish Tuuu.. Jam 7 Malam Dah Tak Tahan Terus Nyanyi Potong Terus Makan. Siap Mendeco Jam 5ptg Tadi..
Jika Kalian Nak Lihat Resepi Asal Jom Klik Kat Link Diatas..sila Ke Dapo Yatie Ya..
Apapun Nak Ucapkan T.kasih Krn Tayangan Perdana Itu Tlh Menusuk Hati Ku,
2 Resepi Berbeza, Ising dasar Dan ising Bunga
Sengaja Taruh Stoberi Kasi Sibuk Sikit Warna Dlm Gambar
Bahan2nya:
Bahan- Bahan
2 1/2 cwn tepung gandum
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonate
1 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
Secubit garam halus
1 cwn gula perang halus
1/2 cwn gula castor
4 biji telur
1 cwn minyak jagung/masak
100gm mentega, dicairkan
200gm lobak merah, diparut- perah sikit airnya
***ILAHJY GANTI DENGAN LABU DIKUKUS DAN LENYEK HALUS
150gm apple hijau, diparut
***ILAHJY PARUTKAN LABU MENTAH
30gm hazelnut (Boleh ganti dengan kekacang lain... )- yg ni Yatie tak letak
***ILAHJY TAK LETAK
Cara Membuat Kek
1. Ayak bersama tepung, baking powder, soda bicarbonate dan garam halus. Masukkan ke dalam mangkuk pengadun.
2. Masukkan kesemua bahan lain.
3. Putar adunan pada kelajuan perlahan untuk beberapa saat dan kemudian kelajuan sederhana untuk selama dua minit.
4. Lengser loyang 9 inci dengan sedikit mentega dan alas dengan kertas. Tuang adunan.
5. Bakar pada suhu 180 darj cel selama 45min ke 1 jam ikut oven masing-masing.
6. Sejukkan kek dan hias dengan cream cheese frosting.
CREAM CHEESE TOPPING:
250gm cream cheese- Yatie tambah 125 gm lagi
4 sudu besar butter
1/3 cwn gula icing, diayak
1 sudu kecil jus lemon
*Cara2nya=> Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga lembut dan gebu. Sapu atas kek yg telah sejuk tadi. Hias ikut kreativiti masing2.
**untuk kek di atas, Yatie buat dlm 2 loyang saiz 7inci. Bakar dlm 2 loyang berasingan. Sejukkan barulah ratakan kek sebelum di sapu topping.Sapukan cream cheese topping dan deco ikut kreativiti masing2.
RESEPI ISING TAMBAHAN UTK DASAR ATAS SAPUAN KEK: CARA ILAHJY
200 Gm Planta@butter
150 Gm Gula Ising
1 Sudu Teh Jus Limau
1 Sudu teh esen Vanilla
Caranya:
Satukan Kesemua Bahan Dan Putar Sehingga Gebu.
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini