01 July, 2013

513. PIE EPAL KAYU MANIS



Bahan Pastri:

200 Gm Tepung Halus Jenama Blue Key
80 Gm Butter Cup
1/2 Sudu Teh Esen Vanilla
Sedikit Pewarna Kuning
25 Ml Air Peti Sejuk
1 Biji Telur (Resepi Asal Tak De) Tanpa Telur Pie Ini Agak Keras Dan Utk Mengebukannya Telur Perlu Ditambah


Caranya:

Campurkan tepung Dan Butter Gaul Menjadi Serbuk roti
Bulatkan Tengah2 Masukkan Telur Dan Masukan Sedikit Air,pewarna Dan Esen
Gaul Dengan Hujung Jari Sehingga Sebati, Tambah Air Jika Keras.
Uli Sehingga Menjadi Doh Yang Tak Melekat Ditangan.
Masukkan Ke Dalam Plastik Dan Simpan Dlm Peti Sejuk.
Seentara Itu Sediakan Inti Nya Pula.

Intinya:

4 Biji Epal Merah Dibuang Kulit Dan Di Dadukan Kecil2
1/4 Cawan Gula Perang
2  Sudu Besar Butter
1 Batang Kayu Manis di Sagat Halus
2  Sudu Besar Tepung Jagung Dibancuh Bersama
1/4  Cawan Air

Caranya:

Panaskan Butter, Masukkan Epal, Gula Perang, Serbuk Kayu Manis
Kacau Sebati. Masukkan Campuran Tepung Jagung Tadi.
Masak Sehingga Empuk Jika Perlu Tambah Air. 
Setelah Kering Sejukan Sedia Utk Digunakan.

1 Biji kuning Telur Utk Sapuan.

Cara Menyediakan Pie.

Keluarkan Adunan Uli Sebentar Sehingga Lembut
 Bahagikan Kepada 2
1. Bahagian Dasar 3/4 Bahagian
2. Bahagian Atas 1/4 Bahagian

Caranya:

Sapu Loyang Yg Sesuai Dengan Butter
Gelek Adunan Semuat Bekas Loyang
Ratakan Sekelilingnya Dan Beri Tekanan Ringan2 Pada Dasarnya
Masukkan Inti

Canaikan Adunan Ke2 Selebar Permukaan Loyang Dan Tutupinya Dengan Kemas
Ambil Sedikit Adunan Dan Tekap Dengan Acuan Berbentuk Bunga
Susunkan Di Atas Permukaan, Cucuk Dengan Garfu Diatas Permukaan Supaya Udara Mudah Keluar Semasa Pembakaran
Sapukan Kuning Telur Diatas Permukaan Tadi
Guna Garfu Tekan Sekeliling Tepi Permukaan Pie
Potong Sekelilingnya Jika Ada Lebihan Tepung

Panaskan Oven 170 Darjah Bakar Selama 45 Mt Atau Sehingga Kekuningan.
Sejukan Baru Dipotong.






No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini