19 July, 2013

524. MEE HOON SUP SOTO DAN SAMBAL KICAP MASAK

Setelah 8 hari puasa, asyik masak nasi dan pelbagai Lauk pauk Jemu Dah Rasanya.
Semalam Disebabkan En Hb Ke Masjid Mindef Berbuka Bersama  KEBAWAH DULI TUANKU YG DIPERTUAN AGUNG TUANKU ABDUL HALIM  SEMPENA  MAJLIS PERASMIAN MASJID KHALID ALWALID  Maka Adalah Alasan Utk Tak Masak Hahahaaa
Terus Capai Semua Bahan2 cuma Bahan2 Hiasan Mee Sahaja Tak De Ilahjy Teruskan Misi Meehoon soto Dgn Rempah Ciptaan sendiri..


Ini Pula Cili Kegemaran Dan Ciptaan Ilahjy Sendiri. Boleh Tahan Lama Dan Tak Sakit Perut Bila di Makan


Bahannya:

Mee Hoon Secukupnya Rendam Seketika Tos Dan Selawat
Panaskan Air Dlm Periuk Sehingga Mendidih
Masukkan Mee Hoon Ratakan Dlm Air Padamkan Api
 Biarkan Sebentar Dlm 10 Mt Toskan Tak Perlu Cuci Lagi Menggelakkan Mee Hoon Basi Dan Tak Putus2

Bahan Sup Ilahjy:

1 Mangkuk Kecil Ayam Dipotong Kecil  Atau Daging Dgn Tulang

1 Biji bawang Besar
3 Ulas Bawang Putih
2 Inci Halia
2 Biji Buah Keras
1 Inci  Lengkuas Diketuk
3 Btg Serai Diketuk
2 Sudu Besar Rempah Soto

Bahan Rempah Untuk Disangai Sehingga Garing Dan Mesin Halus:

3 Sudu Besar Jintan Manis
2 Sudu Besar Rempah Biji
1 Sudu Teh Lada Hitam
1 Btg Kayu Manis
2 Kuntum Bunga Lawang
3 Kuntum Bunga Cengkeh
3 Biji Buah Pelaga


Caranya:

1. Mesin Bawang2 Bersama Halia Dan Buah Keras Sehingga Halus
2. Tumis Dgn Minyak sehingga Wangi
3. Masukkan Rempah Sangai yg Telah Dimesin  dan Serbuk Soto Dan Isi Ayam Atau Daging, Kacau Sehingga Pecah Minyak
4. Masukkan Air Secukupnya Bersama serai  Dan Lengkuas
Perasakan Garamnya. 


CILI KICAP ILAHJY:

10 Biji Cili Padi 
3 Biji Bawang Putih
Sedikit Gula Melaka
Kicap Pekat Secukupnya
Sos Cili
Sos Tomato Sos Tiram
Jus limau Atau Cuka

Cili Dan Bawang Di Mesin Halus Bersama Sedikit Air
Campurkan Kesemua Bahan Dalam Periuk
Panaskan Sehingga Pekat 
Rasalah Masam Masin Manisnya
Tambah jus Limau Atau Cuka Utk Memasamkanya






5 comments:

  1. mehun soto kalu lwn ngn sambal kicap mmg kick kak

    ReplyDelete
  2. oooo, pandainya orang Kedah ni masak soto cam orang Johor, dia lagi hebat nih!!

    ReplyDelete
  3. 2 noor mmg kick, kalu pedas lg sedap

    2 Sari..adaptasi Juga Ni Dr Mkanan Org Johor ! Kan 10bulan Duk Kem Majidee Ada Jg La Ilmuuu Kna Tuntut. X Leh lawan Org Johor Laaa Nnti Tawar Ilmuuuu Haha

    ReplyDelete
  4. Beehon sup dan sambal kicap memang terangkat, kena ngan tekak saya juga

    ReplyDelete
  5. Assalam kak ilah, wah menu mee hoon soto sedapnya..kita pun suka bebrbuka dgn mee..kalau dapat mee yg bersup ni kuahnya kita hirup dulu..:)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini